“Kalau ada peluang, saya sangat suka…,” – Mark Adam nak bergelar penyampai radio lagi

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SETAHUN meninggalkan konti radio, penyanyi dan pelakon Mark Adam akui masih merindui kerjaya sebagai penyampai radio.

Ujar Mark atau Fikri Mark Adam Abdullah,43, biarpun hanya enam bulan mengendalikan segmen Geng Pagi Hot di Hot FM, namun ia memberi impak besar dalam diri yang kini sudah fasih berbahasa Melyu.

“Walaupun enam bulan sahaja tapi kerjaya sebagai penyampai radio banyak membantu saya bercakap Bahasa Melayu dengan baik. Syukur sangat-sangat sebab saya kini sudah semakin fasih dan memahami ketika berututur dalam Bahasa Melayu.

ARTIKEL BERKAITAN: Mark Adam tinggalkan konti radio Hot FM

“Saya sebenarnya meletakkan sasaran dalam kontrak yang sepatutnya dua tahun itu yang saya akan mampu bercakap Bahasa Melayu dalam tempoh setahun,” katanya ketika ditemui URTV, baru-baru ini.

Tambah Mark lagi, dia akan mempertimbangkan jika ada tawaran untuk menjadi penyampai radio.

“Buat masa ini belum ada pihak stesen radio yang tawarkan kepada saya untuk jadi penyampai radio. Tapi kalau ada peluang, saya sangat suka dan sudah tentu akan pertimbangkannya.

“Tujuan saya jadi penyampai radio sebab nak menguasai Bahasa Melayu 100 peratus dan boleh bercakap dengan baik bersama peminat dan rakan artis,” ujarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This