Ini fungsi No. Kod kunci pada besi kecil kunci pendua. Jangan buang!

Dari Penulis

Apa sahaja alatan atau produk yang diberikan ketika membeli barangan baharu, jangan sesekali dibuang walau anda tidak tahu kegunaannya pada masa itu. Ketepikan dan simpan di tempat yang selamat.

Seperti juga kunci pendua yang dilengkapi dengan sekeping besi kecil bersamanya. Jika dilihat dengan teliti, besi kecil itu mempunyai nombor kod kunci yang berfungsi untuk menyalin kembali set kunci kereta anda.

“Anda perasan tak,beli kereta baru ada 2 kunci & ada besi kecil inikan? Dekat besi ni ada No.Kod kunci. Apa fungsi No.Kod di kunci itu Zi? Simpan elok-elok No.Kod kunci ini..Sekiranya anda kehilangan kedua-dua anak kunci ini,sila bawa No.Kod kunci ini ke pusat service PROTON untuk duplicate kunci yang sama macam yang asal..kalau tak ada No.Kod kunci ini, kena tukar set kunci yang baru seketul & kosnya pun tinggilah berbanding duplicate kunci yang samakan.

“Jarang-jarang sekali gunalah kunci spare itu untuk elakkan kehabisan bateri remote..Kalau remote bateri dah low,rapatkan kunci ke push-start button & cepat-cepatlah tukar bateri baru di PROTON..?..Kalau bateri kereta dah kom,buka pintu kereta pakai kunci manual..Caranya tekan button di belakang kunci..Ada anak kunci untuk buka pintu secara manual kalau pakai push-start button..?..PROTON RAMACO MOTOR SDN.BHD 4S,PADANG MIDIN,TERENGGANU..?..Follow FB pages Proton-FAIZI untuk lebih info PROTON..?”

Sumber : Faizi Zi


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lebih 14,900 penerima di enam negara nikmati manfaat Program Ihsan Korban

Semangat pengorbanan Aidiladha terus diterjemahkan melalui misi kemanusiaan apabila Pertubuhan Ihsanku Malaysia (Ihsanku) berjaya menyantuni lebih 14,900 penerima di...

More Articles Like This