Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah seberat 363.03 kilogram (kg) bernilai RM10.89 juta selepas menahan dua lelaki tempatan di sekitar Kampung Baru, Ampang pada 20 Ogos lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata bertindak atas risikan selama sebulan, polis menahan seorang lelaki berusia 23 tahun di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di kawasan itu pada 5.20 petang.
Arjunaidi berkata hasil serbuan itu, pihaknya merampas 349 bungkusan plastik kekuningan dengan tulisan Quanyinwang disyaki mengandungi syabu seberat 363.03 kg.
“Lanjutan daripada tangkapan dan rampasan itu, pihak kami menahan seorang lagi suspek berusia 51 tahun di lokasi berhampiran,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor hari ini.
Baca artikel berkaitan : Op Katia tumpaskan sindiket edar dadah, nilai rampasan RM1.06 juta
Arjunaidi berkata dipercayai kedua-dua lelaki tersebut bertindak sebagai transporter serta pemantau bagi dadah yang akan dipasarkan di sekitar Lembah Klang dan kawasan berhampiran.
Beliau berkata pihaknya juga telah menyita aset sindiket berkenaan bernilai RM101,373 melibatkan dua buah kereta serta wang tunai berjumlah RM1,373.
Katanya, kedua-dua suspek direman bermula 21 Ogos hingga 2 September depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

