Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri menunjukkan antara dadah, peralatan dan aset yang dirampas serta disita polis.

Dua beradik dan tiga rakan ditahan dalam satu serbuan jenayah dadah terbesar di negeri ini melibatkan nilai rampasan berjumlah RM6.7 juta di sebuah bangsal di Chenderiang, Tapah pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata dalam serbuan kira-kira 9.45 pagi itu, anggota dan pegawai Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Tapah menahan kesemua lelaki berumur 29 hingga 33 tahun yang sedang memproses dadah methamphetamine.

“Hasil serbuan telah berjaya merampas sejumlah dadah tersebut dengan anggaran berat kira-kira 110 kilogram bernilai RM6.6 juta selain merampas bahan-bahan kimia dan peralatan dipercayai digunakan untuk memproses dadah.

“Turut disita dua kenderaan, empat utas rantai leher, loket, cincin dan subang yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM161,000. Sindiket ini dipercayai mula aktif sejak Jun dan dadah dirampas boleh digunakan untuk seramai kira-kira sejuta penagih dadah,” katanya dalam sidang media di IPK Perak hari ini.

Baca artikel berkaitan : Polis tumpas sindiket dadah bernilai hampir RM11 juta

Beliau berkata ujian saringan air kencing mendapati tiga suspek positif dadah selain semakan mendapati empat suspek mempunyai rekod kesalahan dadah dan pecah rumah berkumpulan.

Menurutnya, kesemua suspek yang juga penganggur ini, direman tujuh hari sehingga 2 Sept ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram