Tiada yang lebih sayang kita selain diri sendiri. Ini 10 kata azimat untuk lebih hargai diri

Dari Penulis

Bagaimana kasih sayang dapat disebarkan andai kita tidak tahu bagaimana untuk menyayangi diri sendiri. Pendek kata, dalam apa jua keadaan, utamakan diri, fahami keperluan utama sebelum membuat sesuatu keputusan.

Insan sekeliling hanya dapat merasai kasih sayang andai diri stabil emosi dan fizikal.

Jadi bagaimana untuk lebih menghargai diri sendiri? Ikuti perkongsian pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah.

“10 kata-kata yang buat tersedar untuk lebih menghargai diri:

1. Ada jiwa menderita sendiri. Diluahnya tak bersuara. Hanya tangan jadi peneman dan menyapu air mata yang jatuh ke lantai.

2. Lebih baik menikmati sendiri daripada duduk dengan kawan yang palsu.

3. Tetaplah berada dalam kalangan yang sentiasa menyambut kehadiranmu dan menangisi saat ketiadaanmu.

4. Yakin dengan getar yang sampai ke hati. Kadangkala sebuah perkataan banyak yang bersulam dusta.

5. Semua ada keindahannya yang tersendiri. Dan tak semua orang yang nampak dan mampu menikmatinya.

6. Hati untuk dicintai, bukan untuk dipermainkan berulangkali. Yang suka mempermainkan, mereka ini hatinya telah mati.

7. Jangan abaikan sebuah kebenaran hanya untuk kegembiraan yang sementara.

8. Duduk rapat dengan mereka yang sentiasa berpesan dengan kebenaran dan kesabaran. Mereka ini lebih berharga dari nilainya sebuah permata.

9. Ketenangan adalah keutamaan hidup. Jangan menidakkannya atau membiarkan ia dirampas oleh orang lain.

10. Jika sukar untuk melafazkan atau menerangkan, lebih baik senyap dan terus bertindak. Kadang orang tak faham dengan kata-kata tetapi melalui perbuatan.

Anak cucu dan sahabat Tok Abah sekalian,

Di penghulu segala hari ini, kita hargailah diri sendiri. Tanamkan dalam minda bahawa tiada apa yang lebih berharga melainkan diri kita sendiri.

Allah telah beri kita mata.

Allah telah beri kita mulut.

Allah telah beri kita akal.

Allah telah beri kita hati.

Dan paling penting lagi, Allah telah beri kita masa dan upaya.

Maka hargai tiap nikmat yang Allah beri, kerana pada satu saat nanti, ia akan kita ‘pulangkan’ dan hingga saat semua itu pergi, jangan sesal menjadi pakaian tetapi redhalah yang menjadi teman dipenghujung kehidupan.

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,

Hargai tiap yang Allah berikan.”

Sumber : Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bokitta Alamanda berwajah baharu, berkonsepkan ‘Premium Lifestyle’

BOKITTA, jenama tudung Muslimah premium sememangnya terkenal dengan rekaannya yang moden dengan ciri eksklusif yang bebas pin, selesa dan...

More Articles Like This