Walau sesibuk mana sekalipun ibu bapa, tolong jangan sesekali tidak mengendahkan panggilan anak-anak. Lebih malang andai kita lebih ralit menonton televisyen atau membelek telefon bimbit daripada melayani si kecil.
Menurut pakar komunikasi Albert Mehrabian’s, bahasa tubuh memberi kesan 93 peratus berbanding kata-kata.
Malah anak-anak yang tidak dipedulikan kehendak dan kehadiran mereka akan terkesan dan seterusnya mempengaruhi perkembangan psikologi.
Ikuti perkongsian Mohd Fhais Salim.
“Tolong jangan “ignore” bila anak panggil
Sebab tu la bila di depan anak kita tak boleh ralit sangat dengan telefon atau televisyen.
Pakar komunikasi Albert Mehrabian’s bagitahu bahasa tubuh kita ni beri kesan 93 peratus lebih banyak berbanding 7 peratus je jika dengan kata-kata.
Anak lebih “terasa hati” kena ignore daripada kena marah. Sungguh!
Saya ingat lagi pernah sekali tu annur rania panggil nak tunjuk yang dia dah pandai melukis, tapi masa tu saya tengah ralit tengok telefon.
Jadi tak perasan la dia panggil, tak semena-mena dia ambil lukisan yang di lukis tadi di konyok-konyoknya dan terus di buang. Allahu.
Boleh bayang luluh hati seorang anak masa tu.
Ini yang dimaksudkan dengan Stonewalling Effect.
Bila anak tidak dihiraukan dan tidak di beri perhatian dia akan rasa sangat-sangat terguris hatinya.
Stonewalling Effect sangat beri kesan pada perkembangan psikologi anak.
– rasa kecewa
– rasa rendah diri
– rasa hilang keyakinan
– rasa tak diperlukan
– rasa tak penting
Dan macam-macam lagi rasa boleh menyelubungi emosi anak kita.
Oleh itu, selalulah utamakan anak-anak.
Screen time kita kurangkan tapi Qualiti time dengan anak kita lebih-lebihkan. Itu yang terbaik!
Wallahu A’lam,
~ Mohd Fhais Salim
Nota :
Jemput semua untuk dapatkan banyak lagi ilmu #KhusyukParenting di telegram saya.
Join di sini ? bit.ly/PositifParent”
Sumber : Mohd Fhais Salim

