Sudah lali dengar isteri ditinggalkan saat suami di puncak kejayaan. Wanita yang sanggup berkorban jiwa dan raga, malah rela andai tidur hanya berlantaikan simen, kini dibiarkan terkapai-kapai saat si suami sudah punya kuasa dan kekayaan.

Segala yang dilalui sebelum ini seakan-akan tidak bermakna apabila si suami sudah bertemu wanita lain yang lebih muda dan lebih manja.

Perkongsian Mohd Ezairol Rezan Zainol nyata bukanlah perkara baru dalam masyarakat, ia acapkali didendangkan dan sekaligus membenarkan kata-kata ini, “kesetiaan wanita diuji saat lelaki tidak punya apa-apa dan kesetiaan lelaki diuji saat dia memiliki segalanya…”

Ingat, yang baru tidak akan sesekali sama dengan yang lama.

“Bila Dah Senang, Yang Lama Jangan Di Buang.❌️

Aku dah banyak kali dengar pasal kes isteri kena cerai bila suami mula hidup senang atau naik pangkat. Ini benda realiti…Banyak dah berlaku.

Masa Aku jadi “government staff” dulu, orang-orang lama sering ingatkan dan pesan masa interview kenaikan pangkat.

“Dah naik pangkat nanti jangan lupa bini, jangan gatal pergi cari pula yang baru… Ingat tu!!!”

Itulah pesan yang sering berkumandang masa musim interview.

Tapi dalam pesanan tu ada juga kiasan orang lama yang agak “nakal ni”.😅

“Nak tambah cawangan baru ke apa suka hati kome lah skuad…TAPI yang No.1 tu jangan kome buang pulak…suweh hidup kamu”.

Tak tahulah kebetulan atau camna, banyak yang Aku tengok hidupnya jadi lebih teruk bila dia buang yang pertama…Mungkin itulah hukum karma.

Isteri pertamalah yang sanggup susah senang bersama. Dari duduk rumah sewa yang takde apa, naik motor berhujan panas temankan kita, makan pun bercatu tapi bila dah senang sikit, pengorbanan mereka kita lupakan. Mula pasang niat nak kawin lain…

Sebabkan perkara camnilah maka keluarnya quotes,

“kesetiaan wanita diuji saat lelaki tidak punya apa-apa dan kesetiaan lelaki diuji saat dia memiliki segalanya…”

Buat para suami,

Bila dah senang, jangan lupa siapa yang bersama dengan kita waktu kita tidak punya apa-apa dulu…

Kita suami mudah lupa dengan siapa kita bina kehidupan kita sehingga kita dapat capai apa yang kita ada hari ini.

Kita lupa apa yang isteri telah korbankan untuk kita. Kadang-kadang doa dan kesabaran isteri yang buatkan rezeki kita melimpah ruah.

Sebagai suami kita kena ingat, yang baru tu belum tentu lagi mampu nak hadapi susah senang bersama macam yang pertama.

Apa-apa pun bila kita dah senang, bahagiakan isteri dan anak kita dahulu. Berikan rumah yang lebih selesa.

Belanjakan duit untuk kebahagian keluarga terutama isteri yang banyak berkorban dan mendoakan kita.

Kaya yang sebenar adalah bila kita dapat hidup bahagia bersama dengan orang yang sayangkan kita… Bukan sebaliknya.🥰

Moga bermanfaat…💝

#TillJannah🥰

#MERZ

FB: Mohd Ezairol Rezan Zainol”

Sumber : Mohd Ezairol Rezan Zainol