Adam Lee, Sweet Qismina urus sendiri majlis kahwin, tiada ‘wedding planner’

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

BAKAL mengakhiri zaman bujang kira-kira sebulan lagi, pelakon Adam Lee akui teruja menghitung hari bahagia bersama tunangnya yang juga aktres, Sweet Qismina.

Ujar Adam, dia kini sedang sibuk menguruskan persiapan majlis perkahwinannya bersama Sweet memandangkan mereka tidak melantik perancang perkahwinan.

“Sudah tentu perasaan saya sememangnya teruja mahu menuju hari baahgia kami yang berbaki sebulan lagi. Saya memang teruja menantikan saat ini (perkahwinan).

“Sejujurnya, boleh dikatakan kami berdua amat penat juga kerana menjadi ‘wedding planner’ untuk majlis sendiri dan pada masa sama kami masih bekerja.

“Sebenarnya kami urus dan buat segala persiapan bermula dari kosong sehinggalah ke hari ini. Kami sendiri turun padang untuk memastikan segalanya berjalan lancar. Kami tak lantik wakil perunding majlis,” katanya kepada URTV.

Adam berkata demikian ketika sidang media drama Adakah Engkau Menungguku yang diadakan secara virtual, baru-baru ini.

Menguruskan majlis bersejarah dalam hidup bukan sesuatu yang mudah dan sudah tentu akan berdepan dengan banyak cabaran, begitu jugalah yang dialami oleh Adam.

Jelas Adam, biarpun perlu memastikan majlisnya berjalan mengikut apa yang dirancang, dia juga turut sibuk di lokasi penggambaran.

“Dalam sibuk uruskan majlis kahwin, saya dan Sweet masih perlu turun bekerja di lokasi penggambaran.

“Jadual kerja kami juga tak sama seperti pekerjaan-pekerjaan lain. Keluar pagi, balik pagi, dan semua itu agak mencabar sebenarnya.

“Tapi apa-apa pun kami tetap bersyukur sebab segalanya berjalan seperti yang dirancangkan. Boleh dikatakan persiapan kini sudah menghanpiri 75 hingga 80 peratus selesai,” ujarnya.

Untuk rekod Adam,27 dan Sweet,24, melangsungkan pertunangan pada 24 Oktober tahun lalu selepas menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This