“Dah dari belakang memanglah nampak punggung takkan hidung pulak…,” – Janna Nick

Dari Penulis

PELAKON dan penyanyi, Janna Nick meluahkan rasa kesal terhadap sestengah blogger yang menggunakan tajuk ‘panas’ dan sensasi melibatkan fizikalnya demi meraih perhatian pembaca.

Jelas Janna, isu tersebut mula timbul apabila dia yang tampil dalam majlis pelancaran sebuah filem yang ketika itu sedang duduk dan berpaling ke belakang selepas namanya dipanggil peminat.

“Kadang kadang tak faham dengan penulisan sesetengah blogger. Kalau iya pun ‘headline’ kejar ‘clickbait’, pastikan sumber itu sahih dan tidak memanipulasi pemikiran pembaca.

“Jangan sampaikan benda yang salah. Orang kita pulak sejenis baca tajuk saja. Video yang tular itu daripada peminat yang hadir ke acara itu.

“Peminat itu seorang perempuan dan dia membawa anak. Saya toleh ke belakang untuk melambai dan mengajak anak peminat itu untuk bergambar dengan saya.

“Bukan tayang bontot. Dah dari belakang memanglah nampak punggung. Takkan nampak hidung pulak,” tulisnya di Instagram Story.

Dalam pada itu, Janna turut menyuarakan rasa simpati terhadap golongan wanita yang sering dijadikan sebagai simbol seks.

“Kesian jadi perempuan. Semua benda nak jadikan seks simbol. Kalau dah kambing pun kena rogol.

“Kalau jenis gatal, tengok buah epal pun dia bernafsu,” katanya.

Terdahulu, tular sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang memperlihatkan bahagian belakang badan Janna.

Susulann perkongsian video berkenaan, ia telah menerima banyak komen serta kecaman yang berbaur lucah daripada pengguna laman sosial.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This