Kanmani, Kacau akur terpaksa ucap selamat tinggal kepada Awesome Raja Lawak

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PESERTA solo, Kanmani dan kumpulan Kacau menjadi ‘mangsa’ penyingkiran program Awesome Raja Lawak pada minggu ketiga yang berlangsung, Rabu lalu.

Ia selepas dua peserta tersebut hanya mencatatkan markah terendah iaitu 46 peratus.

Pengarah Unit Kandungan Awesome TV, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli berkata, secara keseluruhan tentang persembahan para peserta Awesome Raja Lawak pada minggu ketiga yang mengangkat tema Muzikal dilihat peluang terbaik untuk peserta berkarya secara kreatif kerana perlu menggabungkan elemen muzik, lakonan dan komedi dalam sketsa.

Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli

“Jika gabungan jalan cerita, pemilihan lagu dan lirik lagu yang disusun tepat, ia pasti mampu membuatkan penonton tidak kering gusi dengan lawak segar yang ditampilkan.

“Walaupun ada juri yang berpendapat bahawa masih terlalu awal untuk meletakkan tema muzikal di minggu ketiga, namun melihat daripada perspektif ‘content creator’ kami berpendapat setiap tema mingguan yang dipertaruhkan adalah setara jika diukur daripada segi tahap kesukaran. Jadi, para peserta harus sentiasa bersedia untuk sahut cabaran yang diberi dan anggap ini sebagai permulaan untuk bergelar anak seni yang versatil,” katanya.

Dalam pada itu, Ezzan aamt berbesar hati dengan kemunculan istimewa penghibur legenda kesayangan ramai iaitu Kumpulan Senario di pentas Awesome Raja Lawak yang pastinya berjaya mengubat kerinduan para peminat yang telah lama tidak menyaksikan teletah mereka di atas pentas.

KMEUNCULAN Senario membuatkan penonton di studio dan di rumah tidak kering gusi dengan lawak kelakarnya

“Strategi meletakkan mereka sebagai kejutan ternyata tepat kerana sepanjang tayangan tiga buah episod setakat ini berjaya merekodkan jumlah tontonan terkumpul sebanyak 5 juta,” ujarnya.

Mengulas mengenai dua penyingkiran iaitu Kumpulan Kacau dan Kanmani yang berkongsi di kedudukan tercorot dengan, Ezzan berkata, perkara terbabit sudah dijangka kerana minggu kedua tiada sebarang penyingkiran.

“Penonton juga harus sedar bahawa peserta-peserta Awesome Raja Lawak adalah nafas baharu sebagai pelapis kepada barisan pelapis profesional tanah air. Sememangnya, pelawak ‘otai’ menjadi tanda aras untuk peserta-peserta tersebut memastikan ada peningkatan di dalam setiap persembahan mereka.

“Jika diberi peluang dan bimbingan yang betul, peserta-peserta tersebut mampu menyerlahkan potensi mereka untuk jadi lebih baik daripada pelawak ‘otai’ sedia ada,” ulasnya.

Sementara itu, mengulas mengenai penyingkirannya, Kanmani bagaimanapun akur rezekinya hanya bertahan di minggu ketiga.

“Bukan tak menjadi cuma tak sampai sebab saya terima komen positif daripada juri. Cuma ada yang tergendala. Tak mengapa, tengok saya dekat luar, lagi best.

“Saya dah lama buat ‘stand-up comedy’. Saya sertai program ini sebab saya nak tengok ‘tajamkan’ penggunaan bahasa Malaysia.

“Selain itu, susah nak jumpa sifu seperti Saiful Apek, Khir Rahman dan ramai lagi. Saya sertai program ini nak tuntut ilmu dan rasanya saya dah lakukan yang terbaik. Saya akan aplikasikan apa yang dipelajari di luar nanti,” katanya.

Bagi kumpulan Kacau pula, mereka tidak menyalahkan tema Muzikal yang diberikan oleh produksi namun menganggap kekurangan ilham yang membuatkan perjuangan mereka kecundang dipertengahan jalan.

“Bukan sebab Muzikal ke apa tapi ia satu cabaran. Kita tak dapat momentum…tak dapat ilham. Ilham ni daripada Allah.

“Kami dah cuba buat yang terbaik. Kami rasa sketsa kali ini menjadi tapi sebenarnya tak menjadi. Jadi kami tak dapat momentum itu bukan salah tema atau sesiapa.

“Kami salahkan pada diri kami. Mungkin ada kelemahan di sini dan sana. Kami akan perbaiki kalau bukan di pgoram ini mungkin di tempat lain.

“Insya-Allah kami akan teruskan perjuangan kami. Memanglah ada rasa kecewa tapi itulah adat pertandingan,” ujarnya.

Cabaran untuk minggu keempat ialah bertemakan ‘Loghat’ yang mana setiap peserta perlu menggunakan dialek yang luar daripada kebiasaan.

Setiap peserta tidak boleh memilih dialek kerana ia akan ditentukan berdasarkan cabutan undi.

Juara Awesome Raja Lawak akan membawa pulang wang tunai bernilai RM50 ribu beserta trofi sumbangan Awesome TV. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM25 ribu dan RM15 ribu beserta trofi.

KUMPULAN Manja yang mendapat markah paling tinggi

Kedudukan Markah Awesome Raja Lawak Minggu Ketiga

Manja 73%

Hanif 73%

Soda 72%

Beduk 59%

Sesah 58%

Mabo 57%

Sedare 53%

Pelan 51%

Se’eh 50%

Semmat 50%

Azhar 47%

Kanmani 46%

Kacau 46%


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This