MPV rempuh rangkaian kedai minuman popular di Ipoh

Dari Penulis

Seorang lelaki terselamat apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Ria dipandunya merempuh sebuah rangkaian kedai minuman popular di sebuah pasar raya di Meru Raya di Ipoh hari ini.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata kemalangan pada 10.35 pagi yang kemudian tular menerusi media sosial itu dipercayai berpunca apabila lelaki berusia 43 tahun berkenaan tertekan pedal minyak ketika berada di tempat letak kenderaan pasar raya itu.

“Lelaki itu yang berkhidmat sebagai pembantu koperasi sekolah gagal mengawal keretanya lalu melanggar sebuah motosikal dan merempuh premis tersebut.

“Penunggang motosikal iaitu seorang wanita berusia 31 tahun dan penyelia premis berusia 25 tahun juga tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Yusri berkata kejadian menyebabkan cermin premis itu pecah dan sejumlah peralatan termasuk sebuah komputer di premis itu rosak selain kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Terdahulu, tular beberapa gambar dan video yang dikongsi pengguna media sosial menunjukkan sebuah MPV merempuh premis berkenaan.

Pemilik rangkaian kedai minuman itu yang juga seorang selebriti, Shuib Sepahtu menerusi satu hantaran di laman Instagram beliau melahirkan syukur kerana kejadian tidak membabitkan kemalangan jiwa.

— BERNAM


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

El Nino: Kerajaan perketat kawalan jerebu, pembenihan awan siap digerak

KERAJAAN memperketat langkah pencegahan jerebu dan kebakaran terbuka susulan jangkaan cuaca panas serta kering akibat fenomena El Nino. Kementerian Sumber...

More Articles Like This