Dua patah kaki, van pekerja langgar tiang iklan

Dari Penulis

DUA individu patah kaki kiri manakala sembilan lagi cedera selepas van yang dinaiki terbabas di Jalan Batu 3 Lama, Klang, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan membabitkan kejadian pada pukul 6.17 pagi.

Beliau berkata, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba 10 minit kemudian dan mendapati kemalangan melibatkan sebuah van pekerja yang terdiri daripada tujuh lelaki termasuk pemandu dan empat wanita masing-masing berusia 30 hingga 40-an,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, van terbabit terbabit telah terbabas lalu melanggar tiang papan iklan di tepi jalan.

Norazam berkata, kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang bagi menerima rawatan lanjut.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar Tingkatan Empat maut: PM, isteri berduka, sampaikan takziah

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa dukacita menerima...

More Articles Like This