Asas kemahiran hidup dan jatidiri bermula sejak anak-anak dilahirkan. Sikap dicorakkan ibu bapa dan diambil alih oleh guru-guru di sekolah. Atas sebab itu, menurut perkongsian Azira Aziz yang menetap di Norway, sistem pendidikan negara itu lebih menekankan soal kemahiran hidup dan bersesuaian dengan usia pelajar.
Jelasnya, sistem pembelajaran lebih kepada bermain sambil belajar dan anak-anak dididik untuk membina keyakinan diri dan personaliti.
Ikuti perkongsiannya.
“Kat Malaysia semua nak kejar ranking sis.
Dari sekolah sampai ke universiti.
Dah takde keseronokan nak dalami ilmu.
Ada someone bagitau,
Tak sure betul ke idak, Norway or Finland memang haramkan mana-mana sekolah declare sekolah dia terbaik.
By right, memang betul pun sebab semua murid berhak dapatkan pendidikan terbaik.”
– ujar seseorang dalam komen salah satu post saya.
Iya,
Benar apa yang diperkatakan.
.
Sistem pendidikan di Norway lebih kurang sama dengan di Finland.
1. Jumlah murid di dalam kelas di Norway dalam 25 orang.
2. Setiap kelas disediakan guru kelas, “special pedagog” dan pembantu pelajar.
Tugas guru kelas, ada hingga mengajar beberapa matapelajaran.
Tugas “special pedagog” memantau keadaan pelajar dalam kelas, bantu anak-anak yang perlukan lebih bantuan contohnya anak-anak istimewa, yang perlukan masa tambahan untuk belajar bahasa, matematik atau bercakap, yang perlukan masa tambahan untuk dari segi pergaulan sosial dan sebagainya.
Tugas pembantu pelajar pulak untuk bantu anak-anak kita lebih faham.
Contohnya subjek matematik dan English yang perlukan lebih perhatian.
2. Sistem pembelajaran adalah bermain sambil belajar.
Tidak stress. Yang penting, para pelajar seronok.
3. Belajar ada yang secara bertulis dan menggunakan Ipad yang disediakan pihak sekolah.
4. Belajar fokus kepada membina keyakinan diri dan personaliti murid tersebut.
5. Belajar lebih kepada kemahiran hidup.
6. Kelas “matlaging” atau memasak bermula 5 klasse (darjah 5 – umur 10 tahun) di barneskolen (sekolah rendah) dan 9 klasse di ungdomsskolen (sekolah menengah).
Masa ni akan diberikan resepi yang berlainan untuk dicuba dirumah.
7. Di sekolah, markah akan diberi berdasarkan:
-Planlegging (plan),
-Hygiene (kebersihan),
-Tidsbruk (masa memasak),
-Rydighet (kekemasan),
-Rent, urent side (kebersihan atau tak),
-Dekorasjonen av maten (dekorasi makanan).
Ada “aktivitetsskole” atau sekolah aktiviti yang dari umur 7 tahun dah mula ajar memasak,
Kelas memasak setakat masak sandwich guna microwave, goreng telur atas dapur, dan buat lempeng orang putih untuk keseronokkan anak-anak.
8. Silibus tidak tinggi.
Anak-anak belajar tak stress. Seronok aje.
9. “Feedback ” akan diberikan hampir setiap hujung minggu untuk tahu anak-anak macamana belajar di sekolah dan dirumah.
10. Ibubapa diberi “glad melding” dari cikgu jika anak-anak buat apa-apa perkara bagus disekolah.
Contohnya:
-Aktif join semasa diskusi,
-Angkat tangan sebelum bercakap (mintak izin dulu),
-Pandai berkawan,
-Takde buli,
-Kongsikan makanan dengan kawan kalau kawan tertinggal matpakke (bekal) kat rumah.
Nampak kecikkan? Tapi besar maknanya pada mak bapak. Mak bapak boleh bagitau pada anak-anak apa yang mereka buat disekolah.
11. Di sekolah banyak aktiviti secara sukarela (frivillige) daripada ibubapa.
Contohnya:
aktif sebagai ” klassekontakter” – wakil kelas anak untuk bincang dengan mak bapak pelajar jikalau ada apa-apa festival, nak bagi bantuan ke dan sebagainya.
Negara Norway maju,
Namun silibus lebih mudah.
Agaknya sebab itu Finland sistem pendidikannya terbaik di dunia.
Jadi,
Kembalikan silibus yang rendah.
Kembalikan jatidiri anak bangsa Malaysia.
Fahami yang asas,
Akan cemerlang dikemudian hari.
Azira Aziz
#orangperakdoknorway
Kiri gambar ni adalah sekolah anak saya di Norway.”
Sumber : Azira Aziz

