Sarjan Mejar hadapi 24 tuduhan terima suapan

Dari Penulis

Seorang anggota polis berpangkat Sarjan Mejar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini atas 24 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM4,800 antara 2016 hingga 2019.

Rasip Majid, 53, yang kini bertugas di Balai Polis Merlimau, Melaka dituduh menerima wang RM200 dengan tanpa balasan secara transaksi daripada seorang individu ke dalam akaun bank miliknya sebanyak 24 kali.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut antara 7 Dis 2016 hingga 15 Okt 2019.

Bagi kesalahan tersebut, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama iaitu boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Siti Sarah Zainal Abiddin menawarkan jaminan RM5,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, Rasip yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon jumlah itu dikurangkan kerana dia berpendapatan kira-kira RM6,000 sebulan dan perlu menyara kedua ibu bapanya selain anak serta isteri yang tidak bekerja.

Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain kemudian mengekalkan jumlah jaminan RM5,000 dengan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di ibu pejabat SPRM Melaka setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Sebutan semula kes untuk lantikan peguam dan serahan dokumen pada 21 Nov ini.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Video AI didakwa fitnah, Fadhlina buat laporan polis

KETUA Wanita PKR, Fadhlina Sidek membuat laporan polis susulan penyebaran video menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang didakwa berniat...

More Articles Like This