PRN Johor: Putra tidak bertanding, dukacita layanan PN

Dari Penulis

PARTI Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) membuat keputusan muktamad untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agungnya, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif susulan mesyuarat Biro Politik Putra yang diadakan hari ini.

Menurut beliau, faktor utama membawa kepada keputusan tersebut adalah kerana Putra telah menghubungi Pengerusi Perikatan Nasional (PN), seterusnya mengutus surat menyatakan persetujuan cadangan mengadakan kerjasama pilihan raya bersama PN.

“Ini termasuk cadangan bertanding di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor yang Putra telah kenal pasti.

“Namun, sehingga 24 Jun (hari ini), PN tidak memberi sebarang maklum balas terhadap hasrat Putra untuk mengadakan electoral pact (kerjasama),” jelasnya dalam kenyataan.

Untuk itu katanya, Putra berasa dukacita di atas layanan PN, namun tidak berkecil hati dan akan terus istiqamah serta kekal dengan agenda perjuangan bersih, bermoral dan tidak munafik.

Katanya, sejak awal Putra telah memutuskan persetujuan bekerjasama dengan PN bagi mengelakkan pertembungan kerusi dan perpecahan undi dalam kalangan parti-parti pembangkang. 

Putra juga jelasnya, menghargai tawaran mengadakan kerjasama politik daripada parti Bersatu yang juga anggota PN.

“Tetapi Putra tidak dapat terima cadangan tersebut kerana kesuntukan masa dan kerusi yang Putra kenal pasti berkemungkinan bertindih dengan DUN pilihan parti Bersatu.

“Putra juga akan meneliti secara menyeluruh keputusan dan pola pengundian PRN Johor sebagai sebahagian daripada proses penilaian strategik parti,” katanya.

Tambah Nasrul, analisis tersebut akan dijadikan asas pertimbangan bagi Putra menentukan bertanding di PRN Negeri Sembilan di empat kerusi DUN yang kenal pasti melalui electoral pact dengan mana-mana pihak bagi mengelakkan perpecahan undi parti-parti Melayu.

“Pada masa yang sama, fokus utama Putra adalah membuat persiapan bagi menghadapi Pilihan raya Umum Ke-16 (PRU16) yang akan berlaku tidak lama lagi.

“Putra kekal komited untuk memperjuang agenda rakyat, mempertahan kepentingan agama, bangsa dan negara serta memperkukuh kedudukan parti sebagai kuasa politik alternatif yang konstruktif dalam landskap politik Malaysia,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut selepas terjatuh ketika mandi di kediamannya

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mandi di bilik air kediamannya di Taman...

More Articles Like This