PART II – Rasa gelisah, masalah fokus dan serabut, kaedah Brain Dump buat fikiran jadi tenang dan jelas

Dari Penulis

Rasa gelisah dan fikiran jadi serabut ada kalanya datang menyerang secara tiba-tiba hingga sukar untuk berfikir secara waras. Berhenti seketika dan tarik nafas dalam-dalam, tenangkan fikiran dan cuba kaedah Brain Dump dengan senaraikan tugasan yang perlu dibuat di atas sekeping kertas.

Ia penting untuk menilai dan menyusun kembali beberapa tugasan penting dan membuang ‘sampah sarap’ yang tidak perlu dalam fikiran.

Pakar Terapi, Dr Norzi Malek kongsikan caranya.

“Untuk kita menilai kembali apa sebenarnya yang ada di dalam fikiran kita, menyusun kembali segala aktiviti yang perlu dilakukan dan membuang ‘sampah sarap’ serta benda yang tidak perlu ada di dalam fikiran kita.

Contoh senarai Brain Dump yang telah dibuat untuk step pertama. Bukan milik saya ya. Saya takkan sesekali pamerkan apa yang ada di fikiran saya untuk tatapan umum. Hahaha

“Brain Dump #Part2

1. Jika kita dah rasa restless (gelisah), overwhelmed, mempunyai masalah fokus, rasa serabut, dah mula grumpy (marah-marah), rasa tak bersemangat nak jalani hidup, inilah masanya untuk kita melakukan Brain Dump.

Declutter otak kita, supaya kita dapat berfikir secara tenang dan jelas kembali.

2. Bahasa mudah, Brain Dump ini adalah proses kita memindahkan sebilangan maklumat daripada otak kita ke tempat yang lain (notebook atau kertas).

Untuk kita menilai kembali apa sebenarnya yang ada di dalam fikiran kita, menyusun kembali segala aktiviti yang perlu dilakukan dan membuang ‘sampah sarap’ serta benda yang tidak perlu ada di dalam fikiran kita.

3. Step pertama, tuliskan semua perkara yang bermain di dalam fikiran kita. Jangan membaca berulang-kali apa yang kita telah tuliskan. Senaraikan semua benda dahulu.

4. Step kedua, selepas selesai kita keluarkan dan senaraikan semua ‘benda’, susunkan mengikut pembahagian. Saya akan cadangkan guna highlight berlainan untuk setiap rumah.

– Rumahtangga

– Anak-anak

– kewangan

– Self-care

– Hobi

– Groceries

– social media

– Emosi

5. Step ketiga, pilih perkara yang penting sahaja, dan tinggalkan ‘sampah’ yang tidak perlu.

Contoh : untuk bahagian emosi, kalian boleh memilih untuk abaikan perkara-perkara yang tidak memberi manfaat.

Contoh emosi yang tidak bermanfaat :

terlalu memikirkan orang tidak suka kita, menyesali kisah lalu.

Ni kegunaan highlight. Untuk membuat pembahagian list dan task. So that kita tahu priority untuk setiap aktiviti.

6. Bagitahu kepada diri, ‘sampah’ yang kita tinggalkan sangatlah toksik.

Akan menganggu energi hidup kita, akan membuatkan jiwa kita sakit, akan menjadikan kita lemah dan malas serta menjadikan kita seorang pendendam dan pemarah.

Jadi sampah itu wajib di buang dan di tinggalkan. Tak perlu fikir.

7. Jika ada di dalam senarai masalah emosi itu sesuatu yang memerlukan Problem Solving (perlu diselesaikan masalah itu), ambil masa bertenang dan carilah penyelesaian.

Jika tidak memerlukan tindakan Problem Solving, saya akan cadangkan kalian abaikan.

8. Step ke empat, masukkan senarai bahagian yang kita pilih sebagai list yang perlu kita siapkan. Masukkan ke dalam ‘rumah’ masing-masing.

Tengok bahagian contoh di bawah ya. Saya berikan contoh.

Senarai Brain Dump yang telah di sorting.

9. Step ke lima, mula rancang mengikut priority aktiviti mana yang mahu kita lakukan dahulu. Jangan memaksa diri melakukan semua perkara serentak.

Contohnya, untuk permulaan pilih lima task dahulu daripada senarai list yang dibuat. Selepas selesai, buat lagi lima task baru.

10. Ha.. Cuba buat aktiviti Brain Dump ini. Kalian akan rasakan hidup lebih aktif, diisi dengan perkara bermanfaat, badan akan bersemangat dan kita akan sangat gembira.

Brain Dump ini melibatkan thought, ideas dan task.

Brain Dump sangat bagus untuk clearkan minda dan pemikiran kita, menambahkan fokus, mengurangkan gejala over thinking.

Ada pepatah menyatakan, Your Brain is A Junk Drawer. Jadi, kena selalu clearkan. Buang yang tidak perlu dan susun yang baik-baik sebagai aktiviti harian kita.

Ha.. Ni kalau kalian plan nak masukkan ikut rumah masing-masing. Kalau banyak sangat list sampai macam ni, biasanya untuk seminggu ni. Huhuhu

Saya share percuma banyak aktiviti therapy di sini :

https://t.me/norzimalek

Norzi Malek

Occupational Therapist (OT)

Dari Therapist Untuk Therapy

Ni cun jugak Brain Dump dia. Perkara yang dia dah lakukan dia akan tick. Tinggal perkara yang belum selesai. Its ok. Pelan-pelan buat. Nanti akan habis aktiviti yang dirancang. Tapi make sure, pantau selalu. Kalau buat senarai pastu tinggal, memang takkan habis la.

Kredit : Norzi Malek


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Telefon di tangan, anak di pinggiran

Oleh : Dr Mohd Afifuddin Mohamad DI sebuah restoran, seorang ayah duduk bersama isteri dan anak-anaknya. Makanan terhidang cantik di...

More Articles Like This