Bas bawa 30 murid, 10 guru terbabas akibat stereng tidak berfungsi

Dari Penulis

Sepuluh guru dan 30 murid Sekolah Islam Integrasi Ikhwan Gong Kulim Pasir Puteh berdepan detik cemas, apabila bas dinaiki mereka terbabas ke dalam semak ladang sawit di KM 44 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di Gua Musang, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata kejadian yang berlaku 6.15 pagi itu, menyebabkan kesemua pelajar berusia tujuh hingga 12 tahun mengalami cedera ringan.

“Bas tersebut dalam perjalanan pulang dari Zoo Negara menuju Pasir Puteh.

“Siasatan lanjut mendapati kemalangan berlaku apabila stereng bas berkenaan tidak berfungsi, menyebabkan pemandu gagal mengawal kenderaan itu seterusnya terbabas ke dalam semak ladang sawit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sik berkata kesemua mangsa telah dibawa ke Klinik Chiku 3 untuk menerima rawatan awal.

“Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959, kerana gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan,” katanya.

— BERNAMA

Monday , 31 October 2022

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Onn Hafiz sangkal dakwaan Anwar Ibrahim

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyanggah dakwaan bahawa beliau bersikap sombong serta tidak mampu bekerjasama dengan Kerajaan...

More Articles Like This