Jambatan Batang Rajang bakal ubah landskap perhubungan Kapit – Nanta

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PROJEK pembinaan baharu jambatan dan jalan yang menghubungkan Jalan Nanga Belawai dengan Jalan Song-Kapit bakal menjadi pemangkin pembangunan luar bandar serta mengubah landskap perhubungan penduduk di kawasan Nanga Belawai dan sekitarnya.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, projek itu bukan sekadar membina infrastruktur fizikal, sebaliknya pelaburan jangka panjang yang mampu menghubungkan komuniti, membuka peluang ekonomi dan meningkatkan akses rakyat kepada pelbagai kemudahan asas.

Beliau berkata, selama ini penduduk setempat bergantung kepada pengangkutan sungai sebagai antara kaedah utama perhubungan harian, sekali gus menjadikan projek berkenaan amat signifikan kepada kehidupan masyarakat di kawasan terbabit.

“Apabila projek ini dilaksanakan, ia akan melengkapkan rangkaian Jalan Song-Kapit, sekali gus meningkatkan keselamatan dan keselesaan perjalanan, selain memperkukuh mobiliti rakyat serta akses kepada perkhidmatan kerajaan dan kemudahan asas.

“Projek ini membawa makna besar kepada penduduk Nanga Belawai dan kawasan sekitarnya kerana ia berkait secara langsung dengan kemudahan perhubungan, keselamatan perjalanan dan peluang ekonomi,” katanya ketika menghadiri sesi taklimat tender serta lawatan tapak projek berkenaan, hari ini.

Menurut beliau, skop projek itu merangkumi pembinaan jalan berturap mengikut piawaian JKR R2 sepanjang 2.8 kilometer, sebuah jambatan merentangi Batang Rajang sepanjang 550 meter dan sebuah lagi jambatan merentangi Sungai Belawai sepanjang 160 meter.

Selain itu, katanya, projek berkenaan turut melibatkan kerja menaik taraf dua persimpangan serta pelaksanaan kerja cerun, geoteknikal dan elektrikal.

Nanta berkata, walaupun projek pembangunan berskala besar lazimnya berdepan pelbagai cabaran, kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak diyakini mampu memastikan setiap halangan dapat ditangani dengan berkesan.

Beliau turut menegaskan proses perolehan projek akan dilaksanakan secara telus, adil dan berintegriti bagi memastikan pelaksanaan projek memenuhi standard yang ditetapkan.

“Saya berharap semua syarikat yang menyertai tender dapat mengemukakan tawaran terbaik dari segi keupayaan teknikal, kualiti pelaksanaan dan nilai untuk wang supaya projek ini dapat disiapkan mengikut jadual,” katanya.

Pada masa sama, beliau merakamkan penghargaan kepada Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya Malaysia, Pejabat Residen Kapit, Pejabat Daerah Kapit, Jabatan Tanah dan Ukur Sarawak, JKR Sarawak serta semua agensi berkaitan yang memberikan kerjasama sepanjang perancangan awal projek berkenaan.

Katanya, pelaksanaan projek itu selari dengan usaha kerajaan memperkukuh jaringan infrastruktur luar bandar dan memastikan manfaat pembangunan dapat dinikmati masyarakat di Kapit serta kawasan sekitarnya


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This