Tragedi kota Salem, ramai jadi korban angkara tuduhan sebagai pengamal sihir

Dari Penulis

DIGELAR sebagai ‘kota sihir’, bandar Salem yang terletak di Massachusetts, Amerika Syarikat, zaman dahulu amat dikenali dengan kisah ahli sihir. Kota ini juga sinonim dengan peristiwa ‘The Salem Witch Trials’, yang mengorbankan banyak nyawa kerana dikaitkan dengan tuduhan sebagai pengamal sihir.

Kota lama ini menyimpan seribu satu kisah misteri yang masih banyak belum terungkai. Dikatakan hampir 150 orang penduduk kota ini dihukum mati pada zaman dahulu kerana satu alasan, iaitu disyaki mengamalkan ilmu sihir.

Walaupun mereka dibicarakan dan diadili, namun hukuman mati tetap dijalankan tanpa bukti-bukti yang kukuh dan tidak dapat diterima oleh akal. Malah, mereka juga turut dianiaya, di penjara dan diseksa.

Kota Salem zaman dahulu.

Bandar yang dibina pada tahun 1629 ini secara rasminya digelar kota sihir oleh gabenor Massachusetts pada masa itu, Sir Michael Dukakis. Tragedi pembunuhan penduduk ini bermula pada tahun 1641.

Ketika itu,  undang-undang Inggeris telah mula diterapkan di bandar ini dan penggubalan undang-undang baru juga diperkenalkan. Amalan ilmu sihir telah dilarang dengan serta-merta dan sesiapa yang mengamalkannya akan dihukum di bawah kesalahan besar.

Hukuman pertama kes ini terjadi pada tahun 1688, apabila seorang gadis remaja, Martha Goodwin, telah bertengkar dengan seorang tukang cuci bernama Goode Glover.

Dikatakan Glover adalah salah seorang pencetus ilmu sihir di bandar tersebut. Akibat daripada pertengkaran itu, Martha telah mengalami penyakit aneh. Kulit badannya menjadi menggerutu, panas dan kadang-kadang kelihatan menyeramkan.

Penyakit misteri ini kemudiannya turut terkena kepada saudara lelaki dan perempuannya, dan kemudian hampir seluruh keluarga Martha mengalami penyakit aneh sehingga membawa kematian.

Kejadian pelik ini telah menjadi perbualan hangat penduduk setempat. Mereka percaya, Glover merupakan individu yang bertanggungjawab terhadap kejadian misteri yang menimpa keluarga Martha. Akhirnya, Glover telah dijatuhkan hukuman gantung selepas dia tidak mengakui kesalahan yang dilakukannya.

Pada tahun 1692 pula, dua kanak-kanak, Abigail Williams dan Elizabeth Parris mendapat penyakit misteri yang sama dengan keluarga Martha. Selang setahun kemudian, seorang gadis bernama Ann Putnam Jr. dan rakan-rakannya turut mengalami penyakit sama yang akhirnya membawa kematian.

Persoalannya, benarkah terdapat amalan sihir di bandar ini? Bagaimana pula perbuatan sihir mereka ini diadili?

Selepas beberapa kes dilaporkan, mereka yang terkena penyakit misteri itu pernah dibawa berjumpa dengan beberapa doktor. Namun, para doktor tidak dapat memberi jawapan yang sebenar.

Mereka sendiri bingung dengan kejadian itu. Malah,  mereka juga menganggap penyakit aneh yang dialami oleh penduduk Salem itu akibat daripada perbuatan sihir.

Pada Mei 1692, keadaan di bandar Salem semakin huru-hara. Kian ramai yang menderita dan semakin ramai juga yang dihukum bunuh kerana disyaki mengamalkan ilmu sihir. Hampir 20 orang dihukum bunuh tanpa sebarang belas kasihan dan bukti yang kukuh. 19 daripada tertuduh itu adalah kaum wanita dan ada di antaranya sedang hamil.

Perbicaraan yang tidak adil dan hukuman sewenangnya dijatuhkan kepada mereka yang dianggap pengamal sihir tanpa bukti kukuh.

Perkara itu menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk setempat. Selepas beberapa lagi nyawa yang tidak bersalah di hukum mati, akhirnya pada Oktober 1692, presiden daripada Harvard College, Pendeta Increase Mather, mengumumkan cara pengadilan yang sebenar harus disertakan bersama bukti-bukti yang kukuh.

Namun, terdapat bantahan daripada Gabenor Phipps yang memerintah Massachusetts ketika itu. Beliau mendakwa tidak berlaku pengadilan tanpa bukti yang kukuh.

Hal ini menyebabkan Hakim Stoughton meletak jawatan sebagai Hakim Kota kerana tidak lagi sanggup menjatuhkan hukuman yang tidak sepatutnya. Akhirnya pada tahun 1697, mereka membebaskan tahanan dan mengisytiharkan 1697 sebagai tahun tanpa hukuman dan Gabenor Phipps meminta maaf kepada seluruh rakyat Massachusetts.

Kini, bandar Massachusetts telah menjadi salah sebuah kota pelancongan yang penuh dengan nilai-nilai paranormal. Sebuah muzium iaitu The Salem Witch Museum juga dibina bagi menceritakan sejarah kota ini.

Muzium ini mempamerkan pelbagai sejarah kota ini termasuk kisah penyihir yang dikaitkan dengan sejarah kawasan ini.
Kota Salem pada hari ini.

____

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dulu mewah di Malaysia, kini rendam rumput kering dalam air… Nasib Dara, Amoi dan Kelat mengundang sebak

Ada sesuatu yang meruntun hati apabila melihat seekor gajah berdiri di tepi kolam, perlahan-lahan merendam rumput kering ke dalam...

More Articles Like This