Rupa-rupanya dah 2 tahun Nad Zainal simpan hasrat nak bertudung, percaya pada rezeki dalam industri seni

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

KINI dilihat sering tampil berhijab, pelakon Nad Zainal memohon orang ramai mendoakan perubahannya itu akan berkekalan.

Menurut Nad atau Farah Nadia Zainal,32, dia sebolehnya enggan mengembar-gemburkan tentang penampilan terbaharunya itu memandang masih banyak komitmen kerja yang perlu dilunaskan.

“Kalau boleh, saya tak mahu bercakap banyak tentang penampilan terbaharu ini.

“Sejujurnya saya masih ada dua tugas yang memerlukan saya tidak berhijab kerana telah dipersetujui lebih awal sebelum ini. Ia merupakan sebuah projek filem dan drama bersiri yang panjang.

“Apa-apa pun saya mohon anda semua mendoakan yang terbaik untuk saya,” katanya kepada URTV.

Nad berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana lakonannya, Cina Buta yang bakal disiarkan di Astro Ria, semalam.

Malah, Nad turut dilihat tampil manis bertudung litup ketika hadir ke majlis tersebut.

Dalam pada itu, Nad akui sudah dua tahun menyimpan hasrat untuk berhijab namun terpaksa dipendam.

Ujar Nad lagi, biarpun penampilannya sudah berubah, dia tetap akan meneruskan kerjaya lakonan dan tidak menganggap keputusannya untuk menutup aurat akan menjadi penghalang kepada rezekinya dalam bidang seni.

“Saya mula teringin nak bertudung sejak dua tahun lalu. Pada saya, tak menjadi satu masalah jika nak ke arah itu (berhijab).

“Saya percaya kepada rezeki. Lihat sahaja Noorkhiriah, dia masih menerima watak yang bagus walaupun bertudung,” jelasnya.

Terdahulu, Nad ada berkongsi beberapa keping gambar ketika menjalani penggambaran program travelog di Thailand.

Apa yang menarik perhatian ialah apabila penampilan Nad yang berhijab telah meraih pujian ramai.

Sementara itu, berkongsi lanjut tentang drama Cina Buta arahan Shahrulezad, Nad akui puas kerana dapat beraksi bersama pelakon Ungku Ismail.

CINA Buta akan mula disiarkan pada 9 November ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam di Astro Ria

Jelas Nad, dia sudah lama ingin bekerjasama dengan aktor terbabit dan sebaik sahaja mengetahui pasangannya dalam drama itu ialah Ungku Ismail, dia pantas menyatakan persetujuan.

“Sepanjang 13 tahun saya berada dalam industri hiburan, ini adalah drama yang paling puas saya berlakon.

“Sebelum ini saya tak berapa gemar tengok lakonan sendiri. Tetapi drama ini saya rasa tak sabar nak tengok setiap episod.

“Bila saya tengok drama ini saya tak rasa macam melihat diri sendiri. Rasa seperti sedang menonton drama lain dan saya jatuh cinta dengan setiap watak dalam drama ini,” kongsinya.

Selain Nad dan Ungku Ismail, drama tersebut turut dibintangi oleh Puteri Aishah, Norreen Iman, Aman Aziz, Didie Alias, Azhan Rani dan Aliff Aziz.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This