Nad Zainal & Puteri Sarah Liyana terima Anugerah Khas MommyHana, 5 pempengaruh turut diumum sebagai duta

Dari Penulis

PELAKON Nad Zainal dan Puteri Sarah Liyana terpilih untuk menerima Anugerah Khas daripada MommyHana susulan impak positif  sekaligus menyumbang kepada peningkatan tahap kredibiliti yang diterima menerusi pemasaran di platform media sosial masing-masing pada Majlis Pelancaran & Malam Anugerah MommyHana di Setia City Convention Centre, Shah Alam, baru-baru ini.

Perkongsian mengenai produk MommyHanna dibuat Nad dan Puteri Sarah melalui media sosial berjaya meraih jutaan tontonan, malah menjadi ‘viral’ sehingga manfaatt yang terkenal dalam membantu perkembangan minda dan pendidikan kanak-kanak itu dapat disebar luaskan kepada umum.

Pengasas dan Pengarahn, Hana Shahadan berkata, kandungan dihasilkan oleh dua selebriti wanita popular itu berjaya menyumbang kepada impak positif terhadap penjenamaan syarikat, sekali gus melayakkan mereka menerima Anugerah Khas.

“Nad Zainal dipilih disebabkan dia seorang pempengaruh yang membantu MommyHana daripada segi kandungan sehingga apa yang dihasilkan  meraih tontonan keseluruhan sebanyak 10 juta. 

“Kandungan dihasilkan bersama suaminya, Ungku Ismail memberi impak positif kepada masyarakat bagaimana perlunya sentiasa bermaafan dan mudah memaafkan. 

“Mereka menghasilkan kandungan yang memberi impak baik kepada masyarakat sebagai keluarga, malah sebagai suami isteri. Disebabkan itu kami beri satu penghargaan kepada mereka. 

“Puteri Sarah juga sama seperti Nad tetapi dia adalah ikon ibu tunggal yang kita rasa sangat memberi impak positif kepada masyarakat di luar sana yang mana seorang wanita harus menjadi kuat untuk anak-anak hingga ‘viral’ dan mendapat jutaan tontonan.

“Dia mengajar dan memberi nasihat bagaimana seorang ibu sangat menyayangi anak-anaknya. Kandungan ‘viral’ dihasilkannya menyebabkan kami rasa tersentuh dan ingin memberikan anugerah khusus kepada mereka,” katanya.

Mengulas penganjuran Majlis Pelancaran & Malam Anugerah MommyHana yang bertemakan ‘Malam Pesona Klasik’ itu, Hana berkata, ia diadakan bagi menghargai semua individu yang terbabit secara langsung atau tidak dalam membantu jenama mereka hingga ke tahap sekarang. 

“Kita sangat menghargai dan tahu cara untuk menghargai sebab kadang-kadang orang ingat kita lupa, tapi kita tidak pernah lupa orang yang membantu MommyHana walaupun sekecil bantuan atau sokongan diberikan.

“Secara keseluruhan, seramai 120 orang yang menerima anugerah tidak termasuk Anugerah Khas yang diterima lebih kurang 10 orang. 

“Penerima Anugerah Khas ini pun mereka tidak tahu akan menerimanya,  ia disebabkan sumbangan mereka secara tidak langsung seperti dalam kalangan artis, pempengaruh atau pelanggan yang sentiasa menyokong MommyHana. 

“Kami sangat hargai mereka, malah Anugerah Khas ini juga untuk tokoh-tokoh yang banyak membantu daripada segi inspirasi dan bantuan semasa berniaga. 

“Sebagai contoh adalah Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah (pakar motivasi) yang membantu dari awal penubuhan MommyHana dan memberi doa. Kita memberi Anugerah Khas ini kepada keseluruhannya,” ujarnya.

Dalam acara sama, dua agen iaitu Norhafizal Kamil dan Siti Aisyah Syukor diumumkan sebagai pnerima hadiah outlet MommyHana bernilai RM1 juta setiap satu di dua buah pusat beli-belah terkenal di Aeon Bandaraya Melaka serta KL East Mall, Kuala Lumpur.

Selain itu, Hana turut mengumumkan pelancaran enam reka bentuk baharu  beg kanak-kanak MommyHanna yang lebih baik dan mesra pengguna termasuk memperkenalkan produk ‘My First Book’ iaitu kolaborasi bersama siri animasi terkenal, Upin & Ipin.

Malah, lima personaliti media sosial iaitu Rani Amanda dengan gelarannya Si Comel, Umar Al-Amsyar (Si Hensem), Syakila (Si Ibu Cantik), Bang Aji (Si Bam Bam) dan Aqil Zulkiflee (Si Abang Kacak) diumumkan sebagai duta baharu.

Terdahulu, Majlis Pelancaran & Malam Anugerah MommyHana diserikan dengan persembahan nyanyian daripada Haqiem Rusli termasuk dihadiri beberapa selebriti serta pempengaruh media soaial lain seperti DJ Fuzz, Puspa Gomen, Syarafi Sudarmaji, Auntie Purple dan ramai lagi. Manakala, pelawak daripada kumpulan Bochey iaitu Achey dan Fad bertindak selaku hos acara.

MommyHana adalah jenama yang menumpukan kepada mempromosikan nilai Islam melalui pelbagai penyelesaian dengan memenuhi keperluan keluarga Muslim moden.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This