BN PADU: Pengecualian cukai pendapatan wanita kembali bekerja

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

WANITA yang kembali bekerja setelah berehat daripada kerjaya akan menerima pengecualian cukai pendapatan dalam tempoh lima tahun selepas berehat.

Itu merupakan salah satu inisiatif yang terkandung dalam manifesto Barisan Nasional (BN) yang dikenali sebagai Perancangan Amal dan Usaha (PADU) diumumkan Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, inisiatif tersebut terkandung di bawah fokus pertama PADU iaitu penyelesaian nasional yang komprehensif bagi menjawab pelbagai isu paling mendesak seperti kos kehidupan dan sara hidup yang tinggi.

Beliau berkata, pengecualian cukai pendapatan itu adalah untuk menggalakkan wanita yang masih aktif kembali dalam pasaran pekerjaan.

“Kita akan mengecualikan sepenuhnya cukai pendapatan iaitu 0 peratus dalam tempoh lima tahun selepas mereka berehat.

Baca artikel berkaitan: BN PADU: Sistem asuhan, pendidikan awal percuma untuk semua kanak-kanak bawah enam tahun

“Inisiatif ini bertujuan untuk menggalakkan wanita yang masih aktif kembali ke pasaran pekerjaan dan pengecualian cukai ini akan mengurangkan beban kewangan setelah berehat daripada kerjaya,” jelas beliau.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan manifesto BN PADU secara dalam talian hari ini.

BN PADU menggariskan 10 teras dan 99 tawaran untuk rakyat Malaysia dalam memberikan mandat bagi membentuk kerajaan Persekutuan kelak.

Pada masa sama, BN PADU turut memberi tumpuan kepada lima idea atau fokus besar yang mendasari tawaran utama di bawah PADU.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hantaran undang padah, warga Bangladesh ‘kantoi’ miliki dua pasport ditahan

HANTARAN tular di platform media sosial memaparkan seorang lelaki memegang dua pasport mengundang padah selepas warga Bangladesh itu ditahan...

More Articles Like This