Tarikh konsert bertembung dengan PRU15, Ungu umum tunda persembahan ke 26 & 27 Disember

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

KONSERT kumpulan Indonesia, Ungu yang sepatutnya berlangsung pada 18 dan 19 November ini telah ditunda pada 26 dan 27 Disember depan.

Menurut Star Planet selalu penganjur konsert berkata, lokasi konsert masih kekal sama iaitu di Menara PGRM, Kuala Lumpur, pukul 8.30 malam.

“Perubahan tarikh ini adalah suatu keputusan selaras perintah daripada PUSPAL agar semua persembahan konsert yang dijadualkan berlangsung pada 19 November di Kuala Lumpur dibatalkan memandangkan tarikh tersebut jatuh pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Dengan ini, semua tiket yang telah dikeluarkan akan dibatalkan secara automatik dan tiket baru akan dikeluarkan buat para pembeli.

“Pembeli tiket dinasihati untuk menyemak semula emel pengesahan pembelian tiket untuk mendapatkan tiket yang telah dikemaskini dengan tarikh baru selepas 25 November.

“Wang akan dikembalikan kepada pembeli tiket yang tidak dapat menghadiri konsert pada tarikh yang baru,” katanya.

Permohonan pemulangan wang boleh dilakukan secara pengisian borang melalui

https://starplanet.com.my/2022-2/ungu-refund/ sebelum atau pada 16 November ini untuk proses pemulangan duit.

“Kami memohon maaf atas segala kesulitan dan kami juga ingin berterima kasih kepada pengamal media dan para peminat Ungu atas sokongan dan dorongan mereka,” ujarnya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Star Planet di talian +603 92233667 atau layari laman web www.starplanet.com.my.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This