PRU-15: Mohamad cadangkan PN dan PH bergabung bentuk kerajaan

Dari Penulis

TIMBALAN Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan supaya Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) bergabung untuk membentuk kerajaan, berikutan bilangan undi yang tinggi.

Katanya, Barisan Nasional (BN) bersedia menjadi pembangkang yang bertanggungjawab, `semak dan imbang’ kerajaan baharu.

Dalam hantaran di Facebook beliau sebentar tadi, Mohamad berkata, jika bantuan diperlukan dalam waktu peralihan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini, pihaknya akan menyumbang kepada pembukaan bicara yang ikhlas dan terbuka.

“Kami BN menerima keputusan rakyat yang menolak BN. Maka kami ini tak ada kuasa untuk menubuhkan kerajaan.

“Saya cadangkan biarlah PN dan PH bergabung tubuh kerajaan sebab mereka mendapat bilangan nombor undi yang lebih tinggi. BN bersedia menjadi pembangkang yang bertanggungjawab ‘check and balance’ kerajaan baru.

“Walaubagaimanapun, jika bantuan kami diperlukan dalam waktu peralihan pasca PRU ini, kami tetap sedia menyumbang kepada pembukaan bicara yang ikhlas dan terbuka,’’ kata Pengarah Pilihan Raya BN itu.

Mohamad menjelaskan, sekiranya tidak dapat juga menubuhkan kerajaan, beliau meminta supaya jangan disalahkan mereka.

“Kalau masih tidak dapat juga tubuh kerajaan, tolong jangan salahkan kami. Ini hasil daripada proses yang demokratik, untuk memulangkan mandat kepada rakyat. Kami hanya menghormati keputusan itu,” jelasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This