Polis terima 3,417 laporan berkait kesalahan PRU-15 di seluruh negara – Hazani

Dari Penulis

Sebanyak 3,417 laporan diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bermula dari 4 Nov hingga pasca pilihan raya semalam.

Daripada jumlah itu, Pengarah Operasi PRU15 PDRM Datuk Seri Hazani Ghazali berkata Kedah mencatatkan jumlah laporan kesalahan tertinggi iaitu sebanyak 447, diikuti 433 laporan masing-masing di Selangor dan Pahang, Kelantan (429); Perak (334) serta Johor (299).

Menurutnya, sebanyak 228 laporan diterima di Negeri Sembilan, Kuala Lumpur (218); Perlis (210);  Sabah (116); Sarawak (87); Pulau Pinang (83); Terengganu (61) dan Melaka (39).

“Sebanyak 508 kertas siasatan telah dibuka, 149 kes telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya, enam telah dituduh dan empat individu dijatuhi hukuman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel : Anwar yakin bentuk kerajaan bersama BN

Sementara itu, Hazani yang juga Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman berkata semalam, tujuh kertas siasatan telah dibuka dan satu tangkapan telah dibuat di Kedah melibatkan enam lelaki bersabit kertas siasatan bertarikh 19 Nov.

“Enam individu tersebut terdiri daripada 300 penyokong beberapa parti yang didapati berkumpul dan mengibarkan bendera parti di Dataran Zero, Pekan Lama di Sungai Petani pada pukul 2.15 pagi iaitu selepas waktu berkempen tamat.

“Tangkapan tersebut dibuat mengikut Seksyen 9 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” katanya.

— BERNAMA

Monday , 21 November 2022

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut terjatuh lepas keluar dari kolam di taman tema air

SEORANG kanak-kanak maut dipercayai terjatuh selepas keluar dari kawasan kolam dalam kejadian di sebuah taman tema air di Sungai...

More Articles Like This