Paru-paru belum cukup kuat, Nad Zainal ditidurkan semula

Dari Penulis

AKTRES Nad Zainal, 32, yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di pusat perubatan swasta Ampang, Kuala Lumpur, dilaporkan ditidurkan semula disebabkan paru-parunya masih belum cukup kuat untuk bernafas tanpa bantuan alat oksigen.

Berita mengenai perkembangan terkini Nad itu dikongsikan oleh rakannya yang juga pelakon Ungku Ismail Aziz di Instagram Story.

“Nad Zainal kena intubate (ditidurkan) semula. Ini adalah kerana paru-parunya masih belum cukup kuat untuk dia bernafas sendiri walaupun dengan menggunakan ‘high flow oxygen mask’ di ICU.

“Semalam pukul 3 petang saya ziarah, dia sudah sedar dari ‘sedation’ (ubat penenang), dia angguk lebih lega dengan ‘intubation’,” tulisannya.

Pun begitu, menurut Ungku Ismail, keadaan Nad sedikit merosot apabila tahap oksigen dalam darahnya menurun selepas pakar perubatan menanggalkan mesin alat penafasan. 

“Disebabkan paras oksigen merosot, pihak hospital mengambil langkah meletakkan Nad dalam keadaan rehat supaya pernafasannya lebih terjaga. 

“Ini kerana, oksigen mula merosot menjelang malam selepas alat bantuan pernafasan ditanggalkan,” katanya.

Dalam pada itu, Ungku Ismail memohon semua pihak terus menitipkan doa agar aktres itu diberikan kesembuhan.

“Sahabat semua, peminat, netizen yang prihatin dan menyayangi dia teruslah titipkan doa agar Allah sembuhkan paru-paru agar kuat dan dapat berfungsi seperti biasa,” ujarnya.

Semalam, media melaporkan Nad sudah sedar dan mula memberikan respons seperti bercakap perlahan dan bergerak. 

Sekadar info, pada 22 November, Nad dimasukkan ke ICU selepas tidak sedarkan diri akibat jangkitan kuman pada paru-paru.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This