Bukan pemalas, tetapi wanita perlu tidur lebih lama. Fungsi otak lebih kompleks

Dari Penulis

Wanita secara umumnya memerlukan tidur yang lebih lama berbanding lelaki kerana otak wanita dikatakan lebih kompleks.

Menurut sebuah kajian oleh Neurosaintis Jim Horne, wanita memerlukan masa tidur 20 minit lebih lama daripada lelaki kerana otak mereka bekerja keras pada waktu siang.

Menurut Horne, keputusan kajian ini merangkumkan bahawa wanita sebenarnya cenderung melakukan pelbagai kerja dalam satu masa berbanding lelaki.

Kebiasaannya seorang wanita memulakan kerja seawal pagi, malah ketika suami masih tidur, seorang ibu telah pun mengambil tugas menyiapkan anak-anak untuk ke sekolah selain menyediakan sarapan untuk suami.

Bagi suri rumah pula, mereka akan melakukan kerja rumah seperti membasuh baju sambil mengemas rumah, memasak dan banyak lagi perkara lain. Itu tidak termasuk menguruskan bayi atau anak kecil yang sememangnya tugas yang sangat mencabar.

Kerja-kerja multitasking membuatkan otak wanita perlu bekerja keras berbanding otak lelaki, dan ini menyebabkan otak mereka menjadi terlalu letih pada sebelah malam.

Apabila otak menjadi letih, ia memerlukan masa yang lebih lama untuk pulih, jadi mereka memerlukan waktu tidur yang lebih.

Selain itu, kajian ini juga melaporkan lebih 18 peratus daripada wanita menderita kekurangan tidur, berbanding hanya 8 peratus sahaja bagi pihak lelaki.

Kekurangan tidur daam kalangan wanita juga dikaitkan dengan beberapa kesan sampingan. Antaranya pertambahan kadar tekanan psikologi dan perasaan kurang senang, kemurungan dan kemarahan.

Semua masalah ini sering berlaku pada wanita yang kurang tidur atau menghadapi masalah tidur tidak menentu, namun ia jarang berlaku kepada golongan lelaki.

Jadi para wanita, pastikan anda mendapat tidur yang cukup dan berkualiti. Anda telah bekerja kerasan untuk memastikan keluarga mendapat apa yang diperlukan, jadi anda berhak untuk mendapatkan rehat secukupnya.

Dan bagi para lelaki terutamanya kaum suami, bertimbang rasalah sedikit jika isteri anda memerlukan tidur yang lebih lama, kerana mereka banyak berkorban untuk anda dan anak-anak.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bokitta Alamanda berwajah baharu, berkonsepkan ‘Premium Lifestyle’

BOKITTA, jenama tudung Muslimah premium sememangnya terkenal dengan rekaannya yang moden dengan ciri eksklusif yang bebas pin, selesa dan...

More Articles Like This