MonoloQue kembali ke pangkal jalan

Dari Penulis

SETELAH bereksperimentasi dengan bunyi, ruang dan alat muzik baru serta lama dari serata dunia, MonoloQue telah membuat keputusan untuk kembali ke pangkal jalan, yakni memberi tumpuan kepada lagu dan irama.

Lagu Cinta, ringkas, mudah, dan bermakna adalah lagu terbaharu daripada MonoloQue, yang memberikan sedikit sebanyak gambaran kepada arah tuju album ketiga yang bakal tiba.

Lagu mengenai perlunya cinta dalam kehidupan. Ketika waktu susah dan perih, cinta adalah penguat. Ketika waktu senang dan tenang, cinta adalah penyeri.

Situasi ini diceritakan bukan sahaja menerusi lirik, tetapi turut digambarkan menerusi gubahan lagu.

“Jika diperhalusi, korus dan verse Lagu Cinta dimainkan dalam irama minor bagi menggambarkan kegelapan, kesedihan, kesusahan.

“Tetapi waktu bahagian bridge, lagu bertukar kepada major, sesuatu yang bertentangan,” kata LoQue.

Secara tidak langsung Lagu Cinta memberitahu pendengar yang hidup perlukan keseimbangan. Dalam kesulitan, pasti ada kesenangan.

Selain itu, Lagu Cinta mempunyai maksud “simbolik”, kemungkinan terhadap tragedi dua dekad yang lepas, di mana arwah adik LoQue yang telah meninggal dunia di dalam kemalangan jalan raya.

Kematian tersebut menyebabkan LoQue sedar bahawa kematian itu adalah sebahagian daripada kehidupan yang pasti dan tidak dapat dielakkan. Tetapi, pada masa yang sama, kematian adalah sesuatu yang mistik dan misteri.

Walaupun tiada bukti saintifik, LoQue percaya bahawa setiap bait kata dan bunyian akan sampai kepada adiknya yang sudah pergi.

“Saya harap lagu ini dapat merentas dimensi,” ujar LoQue dengan harapan yang lagu ini akan sampai ke tempat adiknya sedang bersemadi.

Tidak seperti lagu-lagu monoloQue daripada album keduanya, Jangan Puja Sampai Kecewai, yang dilihat agak berat dan secara jujurnya, sukar diterima oleh masyarakat sejagat, Lagu Cinta lebih mesra rakyat.

Seperti yang dikatakan, LoQue ingin kembali kepada asas penciptaan lagu, meraikan “irama” atau “melodi”.

Gubahan dan lirik Lagu Cinta merupakan hasil ciptaan LoQue yang dirakamkan di Makmal Kampung Batu dan di Kilang Menjahit Bunyi ( studio-studio milik loQue ).

Dikawal selia oleh jurutera rakaman Ammar “Lautan”, Parameswara, Lut, dan LoQue sendiri. Turut terlibat adalah juruteknik Eri Ambia, Pengiran PG, Mujahid, dan juga Lut. Disempurnakan menerusi berpuluh-puluh adunan oleh LoQue sendiri dan kemudian disempurnakan (mastering) oleh Felix Voon.

Lagu Cinta akan ke udara, ke dalam talian, di segenap landasan digital pada 16 Disembe ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This