Anna Jobling catat carian tertinggi di Google

Dari Penulis

AKTRES Anna Jobling mengakui terkejut apabila namanya tersenarai sebagai personaliti tempatan paling tinggi carian dalam Google sepanjang tahun ini.

Menurut Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman,22 yang berada di kedudukan ketujuh daripada 10 personaliti, percaya drama lakonannya dalam Melur Untuk Firdaus yang mencipta kejayaan antara faktor namanya menjadi sebutan.

“Saya terkejut apabila tersenarai antara 10 personaliti paling banyak carian Google di Malaysia untuk sepanjang tahun ini.

“Saya yakin carian itu adalah atas sebab-sebab positif mengenai karier. Drama Melur Untuk Firdaus banyak membantu menaikkan nama saya selain sokongan peminat dari Indonesia, Singapura, Brunei dan Asia Tenggara.

“Sejujurnya tak terfikir akan ada ramai individu yang melakukan carian nama saya. Saya rasa semua orang menggunakan carian dalam Google apabila mahu mendapatkan info,” katanya.

Dengan pencapaian tersebut, dia lebih bersemangat untuk melakukan yang terbaik dalam karier seninya.

“Pihak pengurusan saya, Mask Team juga merangka banyak perancangan berkaitan karier saya dan Alhamdulillah semuanya boleh dikatakan berjaya.

“Insya-Allah untuk tahun 2023, saya dalam perancangan melebarkan sayap ke negara seberang, Indonesia,”katanya.

Drama Melur Untuk Firdaus yang ditayangkan menerusi slot Lestari TV3 pula menjadi drama siri kedua dicari di Google selepas siri popular Korea, All Of Us Dead.

Menerusi data Google, Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencatatkan carian tertinggi dalam kategori personaliti tempatan.

Manakala,bekas personaliti TV3, Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak setahun lalu berada di tangga kedua.

Selain nama yang disebutkan di atas, personaliti lain yang turut tersenarai ialah Nik Adam Mika (tangga keenam) dan Yasin Sulaiman (tangga ke-10).


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kembali selepas 5 tahun, Gerak Khas 2.0 tampil lebih sinematik & mendebarkan

SETELAH lima tahun menyepi dan meninggalkan kerinduan mendalam buat peminat setianya, jenama yang pernah mendominasi landskap drama tempatan selama...

More Articles Like This