KETIKA sedang berjalan kaki seorang diri di belakang rumahnya pada 5 Mac 2009, Jill Wade terkejut apabila menemui sebaris jejak kaki misteri berbentuk seperti kuku. Penemuan aneh itu membuatkan rumah Jill di Devon, England dikunjungi sebuah organisasi yang berpengkalan di utara wilayah Devon.
Organisasi tersebut, Centre for Fortean Zoology (CFZ) telah mengarahkan kumpulan penyelidiknya ke kawasan itu untuk mengkaji sekiranya penemuan aneh itu dapat membongkar misteri yang serupa pernah berlaku kira-kira 156 tahun yang lalu.
Penemuan Jill Wade ini merupakan kejadian kedua dilaporkan selepas penemuan yang pertama ditemui di selatan wilayah tersebut pada 8 Februari 1855. Penemuan ini merupakan kisah yang terkenal di kalangan penduduk tempatan yang menggelarnya sebagai ‘ The Devil Footprints’.

Difahamkan, peristiwa aneh ini berlaku selepas wilayah tersebut dilanda salji tebal selama 24 jam. Ketika itu, penduduk yang menetap di kawasan tersebut dikejutkan apabila persekitaran kediaman mereka dipenuhi dengan kesan jejak kaki yang aneh. Ia muncul di merata-rata tempat seperti di sekitar rumah, pintu dan bahagian bumbung.
Dakwa penduduk yang melihat kejadian itu, jejak-jejak tersebut mempunyai bentuk seperti huruf ‘U’ atau sebuah ladam ( sejenis besi lapik yang dipasang pada kaki kuda). Dianggarkan, jejak kaki tersebut berukuran panjang lapan Inci dan lebar 2.5 Inci.
Lebih membingungkan lagi, jejak kaki tersebut turut kelihatan menghala ke dua buah kawasan lain iaitu Exmouth dan Topsham. Selain itu, ia turut ditemui berhampiran sebatang sungai yang bernama Exe.

Apakah jejak aneh tersebut? Malangnya, persoalan misteri itu tidak dapat dipecahkan sehingga kini.
Wujud khabar angin kononnya wilayah tersebut telah didatangi makhluk misteri. Kisah itu menjadi topik perdebatan di kalangan para pendeta. Mereka cuba mengaitkan penemuan berkenaan dilakukan oleh sejenis makhluk jahat iaitu syaitan yang kononnya sedang berkeliaran memburu manusia yang suka melakukan dosa.
Tetapi, ramai yang menyangkal cerita itu. Berdasarkan ukuran jejak kaki itu, agar sukar untuk diterima akal sekiranya ia milik sejenis makhluk yang besar. Mengikut sepucuk surat yang ditulis oleh seorang lelaki, G.M Musgrave kepada sebuah majalah tempatan The Illustrated London News, beliau menyatakan jejak-jejak tersebut ialah bekas tapak kaki yang ditinggalkan oleh dua ekor kanggaru yang terlepas dari sebuah kandang milik jirannya.
Namun, dakwaan G.M Musgrave disangkal oleh penduduk di wilayah itu. Ini kerana, tidak ada seorang pun penduduk yang tampil dan mengaku bahawa pernah melihat kedua-dua ekor binatang tersebut berkeliaran di kawasan penempatan mereka. Akhirnya, ia dianggap khabar angin sahaja.
Penemuan tersebut turut mendapat perhatian seorang pakar biologi terkemuka di England, Sir Richard Owen. Dalam satu teori yang dikemukakan, beliau percaya jejak-jejak kaki berkenaan mungkin ditinggalkan oleh sejenis haiwan. Berdasarkan penelitian ke atas jejak itu, Owen menganggarkan ia milik seekor Badger – sejenis spesies mamalia yang tergolong dalam keluarga musang. Tambahnya lagi, kebiasaannya haiwan ini meninggalkan kesan tapak kaki depannya sahaja sewaktu berjalan.

inggalkan kesan tapak kaki depannya sahaja sewaktu berjalan.
______
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

