DATUK Seri Khairuddin Abu Hassan dilaporkan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Wilayah Persekutuan.
Beliau pada masa sama turut membubarkan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) parti itu di peringkat Wilayah Persekutuan.
Perjuangan parti tidak lagi releven menjadi alasan utama beliau bertindak sedemikian.
Katanya, ini terutama selepas kepimpinan parti menerima peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Pejuang.
“Perjuangan saya dulu, kini dan selamanya hanyalah berteraskan paksi sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang sentiasa kekal berprinsip dan tidak pernah menipu dalam mana-mana perjuangan untuk menegakkan kebenaran demi bangsa, negara mahupun agama,” katanya seperti dilapor Malaysiakini, hari ini.
Baca artikel lain: PM tegur sikap Ahli Parlimen, minta jaga tatasusila
Selain itu, Khairuddin sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir selaku Presiden Pejuang.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Pejuang menjalinkan kerjasama dengan beberapa parti politik termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membentuk Gerakan Tanah Air (GTA).
Bagaimanapun, GTA kalah teruk dalam PRU-15 dengan kesemua calon mereka kecundang, bahkan Dr Mahathir dan Mukhriz hilang wang deposit.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

