Pemimpin PEJUANG, Bersatu bertemu bincang isu penyatuan dan kerjasama

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PEMIMPIN utama PEJUANG mengadakan pertemuan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pagi tadi yang antara lain membincangkan tentang agenda penyatuan dan kerjasama.

Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden PEJUANG, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Katanya, pertemuan bersama Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kepimpinan parti turut bertukar pandangan mengenai situasi politik semasa.

“Perjumpaan sekitar dua jam ini memperlihat kedua pemimpin serta rakan-rakan parti masing-masing bertukar pandangan tentang situasi politik semasa serta isu-isu yang mendampingi rakyat kebanyakkan.

“PEJUANG dan Bersatu di akhir perjumpaan melahirkan ketetapan dan komitmen untuk sama-sama mempertahan perjuangan demi bangsa, demi agama dan demi negara,” katanya hari ini.

Yang turut hadir, Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This