Petugas taman hidupan liar maut diserang gajah

Dari Penulis

SEORANG petugas Taman Hidupan Liar Lok Kawi, di Kota Kinabalu Sabah meninggal dunia selepas diserang gajah pygmy, hari ini.

Difahamkan gajah berkenaan menyerang bahagian perut mangsa berusia 50-an itu dengan kepalanya beberapa kali dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi.

Ia menyebabkan mangsa cedera bahagian perut sebelum difahamkan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian.

Lapor Berita Harian, kejadian turut disahkan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin yang dihubungi sebentar tadi.

Jafry berkata, pihaknya masih menunggu laporan penuh daripada jabatan berkaitan berhubung insiden berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga, berkata kejadian masih dalam siasatan pihak polis.

“Saya tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian berkenaan ketika ini,” katanya.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim ketika dihubungi, memaklumkan pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut dan sebarang perkembangan berhubung kejadian akan dikeluarkan dari semasa ke semasa.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: 24,751 bakal mengundi awal hari ini

SERAMAI 24,751 pengundi awal yang layak mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 bakal menunaikan tanggungjawab masing-masing, hari...

More Articles Like This