Dipecat? Status Zuraida dan 12 ahli PBM ditentukan hari ini

Dari Penulis

STATUS Datuk Zuraida Kamaruddin dan 12 lagi ahli Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan ditentukan oleh lembaga disiplin.

Ini selepas kesemua mereka gagal memberi maklum balas kepada surat tunjuk sebab yang dikeluarkan sebelum ini.

Memetik laporan portal The Vibes, Presiden PBM, Larry Sng berkata, satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan pengerusi lembaga disiplin parti hari ini.

Antara nama lain yang tersenarai adalah Timbalan Presiden PBM, Hanizah Mohamed Talha, Setiausaha Agung, Nor Hizwan Ahmad dan Ketua Penerangan, Zakaria Abdul Hamid.

Baca artikel lain: Kerajaan Perak serius tangani isu banjir

Pada 29 Oktober lalu, 13 ahli PBM digantung selepas mengumumkan Zuraida sebagai Presiden parti pada 8 Oktober lepas.

Larry dilaporkan hairan mengapa Zuraida dan penyokongnya mempersoalkan status beliau sebagai Presiden, sedangkan bekas Ahli Parlimen Ampang itu sendiri menandatangani surat sokongan.

Tambahnya, beberapa ahli dalam kumpulan Zuraida yang bakal berhadapan tindakan pemecatan, secara terbuka memberitahu mereka tidak mahu memberi respons kepada surat tunjuk sebab itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This