Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham Ayatollah Ali Khamenei.

Beliau pada masa sama menyampaikan permohonan maaf kerana tidak dapat menghadiri majlis penghormatan terakhir Allahyarham berikutan komitmen rasmi yang tidak dapat dielakkan.

“Berkesempatan bertemu Duta Besar Republik Islam Iran ke Malaysia, Valiollah Mohammadi, di sela-sela Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik Ke-39.

“Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, saudara Mohamad Sabu telah diamanahkan untuk mewakili Kerajaan dan rakyat Malaysia bagi menghadiri majlis penghormatan terakhir tersebut,” katanya di Facebook, hari ini.

Khamenei, 86, terkorban di kediamannya di Tehran pada 28 Februari lalu akibat serangan yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat bersama Israel ke atas Iran.

Majlis itu dijadualkan berlangsung selama enam hari bermula 4 Julai ini dengan perarakan jenazah di Tehran dan Qom sebelum Khamenei disemadikan di Makam Imam Reza di Mashhad pada 9 Julai.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kisah ‘ini kalilah’ Tangkak dan panglima mencatur permainan

BARU-BARU ini saya pulang ke kampung di Melaka, saya keluar ikut tol Tangkak, Johor. Keluar dari tol, saya menghala ke...

More Articles Like This