Sains membuktikan kenapa wanita muslim tidak boleh berkahwin dengan lelaki Ahli Kitab

Dari Penulis

Bagaimana pula halnya dengan perkahwinan? Di dalam Islam lelaki dibenarkan untuk bernikah dengan perempuan ahli kitab tetapi perempuan Islam tidak dibenarkan berkahwin dengan lelaki ahli kitab. Para ulama berpendapat perkahwinan perempuan Islam dengan lelaki bukan Islam atau ahli kitab hukumnya haram.

Firman Allah al-Baqarah: 221,

“Dan janganlah kamu menikahi wanita-wanita musyrik sebelum mereka beriman. Sesungguhnya budak wanita mukmin lebih baik daripada wanita musyrik walau ia menarik hatimu. Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik  (dengan wanita-wanita mukmin) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya budak yang mukmin itu lebih baik daripada orang musyrik walaupun ia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke syurga dan ampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayat (perintah-perintah) Nya kepada manusia supaya mereka mengambil pengajaran.”

Di dalam hadis Ibnu Jarir meriwayatkan daripada Zaid bin Wahb dia berkata Umar Ibnu Khathtab berkata,

“Lelaki Muslim boleh menikahi wanita Nasrani namun seorang lelaki Nasrani tidak boleh menikahi wanita Muslimah.”

Hadis ini diperkuatkan dengan surah al-Mumtahanah: 10

“Mereka (wanita-wanita beriman) tidak halal bagi orang-orang kafir itu dan orang-orang kafir itu tidak halal juga bagi mereka.”

Seorang hamba lelaki beriman meskipun keturunan Habasyi (Ethiopia) jauh lebih baik daripada seorang lelaki musyrik meskipun ia seorang pemimpin yang hebat.  Bergaul dan berhubungan dengan mereka hanya akan membangkitkan kecintaan kepada dunia saja dan hanya berusaha memperolehnya serta lebih mengutamakan dunia daripada akhirat yang akan berakibat buruk.

Ulama berpendapat, dikhuatiri perkahwinan itu akan mengheret perempuan beriman jatuh menjadi kafir. Kerana biasanya suami yang mengajak isteri memeluk agamanya.

Manakala isteri lebih cenderung untuk mengikut perbuatan suami dan mengikut agama yang mereka anuti. Jika orang bukan Islam dibenarkan menikahi perempuan Islam maka ada jalan baginya untuk mengajaknya kepada agamanya dan ini tidak boleh.

Di situ dipersoalkan tentang nasab anak. Bagaimana penerangan pakar genetik? Pengetahuan Profesor Madya Dr. Endom Ismail Pensyarah Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), tentang genetik membawa kepada satu alasan yang logik kenapa larangan wanita Islam mengahwini lelaki ahli kitab terutamanya Yahudi.

Pada pandangannya sebagai pakar genetik, hal itu mungkin ada kaitan dengan kromosom Y iaitu lelaki Islam dan lelaki ahli kitab. Apabila hendak berkahwin kromosom Y itu mesti datang daripada lelaki Islam dan tidak boleh kromosom Y daripada lelaki bukan Islam.

Apa yang boleh dijelaskan di sini sekadar pandangan daripada sudut pakar genetik kemungkinannya ada kaitan dengan penyakit baka. Daripada kajian dilakukan mendapati bahawa orang yang bukan Islam mempunyai penyakit genetik yang banyak.

Saya suka mengambil satu contoh iaitu orang Yahudi, sains sudah membuktikan bahawa orang Yahudi memang banyak penyakit genetik. Mereka mempunyai banyak penyakit baka yang serius.

Disebabkan banyak penyakit baka apa yang mereka lakukan? Orang Yahudi memang cerdik untuk mengawal penyakit yang berkaitan baka. Di dalam sains penyakit baka boleh dikawal dengan pengetahuan setiap individu kena menjalani ujian dan ia boleh menghalang daripada penyakit tersebut disebarkan.

Disebabkan mereka tahu mempunyai penyakit baka yang serius maka setiap orang Yahudi  bertanggungjawab untuk melakukan ujian untuk mengetahui penyakit baka yang dihidapi.

Jika pasangan yang hendak berkahwin mempunyai penyakit baka maka perkahwinan itu dielakkan. Sebab itu orang Yahudi sekarang sangat sihat kerana mereka sudah mengambil tindakan untuk mencegahnya sejak awal-awal lagi.

Mereka tetapkan undang-undang iaitu orang yang mempunyai penyakit baka tidak boleh berkahwin dengan orang yang mempunyai penyakit tetapi orang sakit boleh berkahwin dengan orang yang sihat. Setiap perancangan perkahwinan dimulai dengan ujian kesihatan kalau kedua-duanya berpenyakit dilarang untuk berkahwin.

Penyakit genetik yang dimiliki Yahudi adalah serius bukan masalah biasa kebanyakan sindrom yang berkaitan dengan saraf dan otot. Salah satu hikmahnya larangan Islam adalah untuk mengelakkan penyakit baka dari Yahudi dipindahkan kepada keturunan orang Islam. Itu adalah salah satu penerangannya tetapi masih banyak lagi sebab lain yang kita tidak ketahui. Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui.

Tegasnya lagi, penyakit baka itu kalau telah diwarisi kepada keturunan memang tidak ada ubat dan penawar yang boleh menyembuhkan penyakit itu. Sebab itulah sebelum berkahwin orang Yahudi memang melakukan ujian saringan yang meliputi aspek kesihatan, kekayaan dan harta warisan. Ia lebih kepada perkahwinan yang diaturkan dan masyarakat itu kena akur. Itulah yang telah Allah berikan kepada orang Yahudi, kita tidak tahu atas sebab apa.

Senarai penyakit baka Yahudi:

Yahudi Ashkenazi (Eropah Barat dan Tengah)

  • Bloom’s Syndrome (BS)
  • Canavan Disease
  • Cystic Fibrosis (CF)
  • Familial Dysautonomia (FD)
  • Familial Hyperinsulinism
  • Fanconi Anemia Type C
  • Gaucher Disease Type 1
  • Glycogen Storage Disorder Type 1A (GSD 1A)
  • Joubert Syndrome Type 2
  • Lipoamide Dehydrogenase Deficiency (E3)
  • Maple Syrup Urine Disease (MSUD)
  • Mucolipidosis Type 4 (ML4)
  • Nemaline Myopathy
  • Niemann-Pick Disease Type A
  • Spinal Muscular Atrophy (SMA)
  • Tay-Sachs Disease
  • Usher Syndrome Type 3
  • Usher Syndrome Type I
  • Walker Warburg Syndrome (WWS)

Yahudi Sephardic/Mizrahi (Israel, Timur Tengah)

  • Alpha-Thalassemia
  • Ataxia Telangiectasia
  • Beta-Thalassemia
  • Corticosterone Methyloxidase Type II Deficiency
  • Costeff Optical Atrophy
  • Cystic Fibrosis (CF)
  • Familial Creutzfeldt-Jakob Disease
  • Familial Mediterranean Fever
  • Familial Tumoral Calcinosis (Normophosphatemic Type)
  • Glucose-6-Phosphate Dehydogenase Deficiency (G6PD)
  • Inclusion Body Myopathy 2
  • Limb Girdle Muscular Dystrophy Type 2B
  • Metachromatic Leukodystrophy (MLD)
  • Polyglandular Deficiency Syndrome
  • Pseudocholinesterase Deficiency
  • Spinal Muscular Atrophy (SMA)
  • Wolman Disease
  • _________________________________________
  • Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
  • Ikuti langkah ini:
  • Langkah 1: Layari utusantv.com
  • Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
  • Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
  • Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Syarahan Perdana Tokoh Maal Hijrah 1448H Beri Fokus Kepada Mesej Keamanan & Peradaban Kontemporari

PERISTIWA Maal Hijrah tidak seharusnya dibiarkan berlalu sekadar penceritaan lipatan sejarah dan sambutan tahunan semata-mata, sebaliknya ia perlu diangkat...

More Articles Like This