Raikan ulang tahun 2 dekad, Blue ajak peminat Malaysia jadi sebahagian momen bersejarah pada Februari ini, tiket sudah mula dijual

Dari Penulis

SUATU permulaan tahun baharu yang baik untuk syarikat penganjur acara Hitman Solutions & Happymoon yang akan membawakan peminat muzik awal 2000-an sebuah konsert istimewa daripada salah satu boy band terkenal di Britain, Blue. 

Konsert Blue 20th Anniversary Heart & Soul Tour akan berlangsung pada 10 Februari depan, pukul 8 malam di Plenary Hall, KLCC.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Hitman Solutions, Rohit Rampal, berkata, pihaknya dan Happymoon sangat teruja untuk mengumumkan bahawa sebuah lagi konsert bakal dianjurkan dengan membawa band British yang terkenal iaitu Blue dalam rangka jelajah mereka di serata dunia bagi meraikan ulangtahun ke-20 penubuhannya.

“Hitman Solutions dan Happymoon menjanjikan hiburan tanpa henti untuk meraikan 2023 dengan pelbagai konsert, bukan sahaja artis tempatan tetapi artis antarabangsa juga demi memenuhi permintaan peminat muzik yang mendambakan acara konsert terus menerus.

“Pada malam konsert itu nanti, kami menjangkakan penonton akan bersama-sama menyanyikan lagu hit seperti ‘All Rise’, ‘One Love’, ‘If You Come Back’ dan banyak lagi selain mengimbau kembali zaman percintaan di alam remaja,” katanya.

Sementara itu, pengasas Happymoon iaitu Kesavan Purusotman atau lebih mesra dikenali sebagai KC, berkata, kerjasama antara Happymoon dan Hitman Solutions telah mewujudkan impak yang positif di hati penggemar muzik di Malaysia. 

“Ini terbukti dengan hasil sambutan ‘Ne-Yo Live in Malaysia’ yang sangat memberangsangkan. Terdapat permintaan yang tinggi terhadap konsert daripada pelbagai genre, dan ia menjadi keutamaan kami untuk memenuhi permintaan peminat muzik. 

“Blue adalah pilihan boy band yang tepat kerana mereka sedang meraikan ulang tahun ke-20 penubuhan kumpulan itu sejak awal 2000-an dengan siri jelajah dunia yang dikenali sebagai ‘Heart & Soul Tour’ untuk meraikan peminat dari dulu hingga sekarang,” ujarnya.

Jualan tiket konsert Blue 20th Anniversary Heart & Soul Tour bermula hari ini yang terbahagi kepada 5 kategori utama, VVIP dengan ‘Meet & Greet’ (RM688), VIP (RM488), DIAMOND (RM358), PLATINUM (RM258) dan GOLD (RM188) di laman web rasmi www.hitmanlive.com.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai konsert ini, sila hubungi Keeran D. (Hitman Solutions) di talian 012-8870669.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This