PART II : 5 jenis sambal yang buat makan bertambah. Gerenti sedap

Dari Penulis

Orang Malaysia memang tak sah kalau tak ada pedas bila makan. Rasa kurang kick, kenyang tapi tak puas. Betul tak?

Untuk bahagian kedua, Wanita kongsikan lima resipi sambal citarasa Malaysia yang cukup padu antaranya Sambal Tempoyak, Sambal Picit dan Kuah Asam Kerisik. Tak perlu lauk mewah bertaraf lima bintang, cukup ikan bakar, ulam ulaman dan sambal. Tapi pastikan nasi penuh seperiuk, manalah tahu tak cukup nanti.

Terima kasih Dapur Kak Zu sudi berkongsi resipi.

“Tanye je. Suka makan sambal tak? Nah resepi sambal citarasa Malaysia. Sukatan dan jenis bahan boleh ubah ikut citarasa. Nak lebih pedas atau kurang pedas ya

Biasanya kakzu letak sikit gula untuk mengurangkan sedikit bahang pedas cili ya. Nak skip gula pun boleh. Ikut selera ye.

1. Sambal Tempoyak

Cara :

1 biji Cili masak

20 biji Cili api

10 biji Cili api siam merah

1/2 sudu kecil Garam

1 sudu kecil Gula

Tempoyak (kalau dah manis letak gula sikit sahaja)

1/2 cawan Ikan bilis – di basuh

Cara :

1. Tumbuk atau kisar dalam ke semua bahan kecuali ikan bilis dalam chopper. Apabila bahan dah hancur, baru masukkan ikan bilis. Kisar lagi sehingga ikan bilis separuh hancur.

2. Akhir sekali, sebatikan dengan tempoyak manis.

2. Sambal Limau

Cara :

1 biji Cili masak

20 biji Cili api

10 biji Cili api siam

1/2 sudu kecil Garam

1 sudu kecil Gula

Belacan

2 biji Limau nipis

Cara :

1. Tumbuk atau kisar semua bahan ke dalam chopper dan akhir sekali perahkan perahan limau.

2. Jangan masukkan air, nanti sambal cepat berubah rasa.

3. Sambal akan tahan lama dalam peti sejuk. Dan boleh ambil ikan atau ayam, gaul garam dan kunyit, kemudian letakkan sambal dibahagian atas dan masak dalam air fryer. Lauk diet paling sedap.

3. Sambal Mangga

Bahan :

1 biji Cili masak

20 biji Cili api

10 biji Cili api siam

1/2 sudu kecil Garam

1 sudu besar Gula

Belacan

Buah mangga / bacang / kuinin yang di racik-racik

Cara :

1. Tumbuk atau chopper ke semua bahan kecuali mangga. Jangan masuk air tau.

2. Dah hancur, baru masakkan mangga.

3. Boleh sesuaikan dengan gula jika mangga tak cukup manis atau sambal pedas sangat.

4. Kuah Asam Kerisik

Cara : Hiris semua bahan

Cili api hijau

Cili api merah

Cili masak

Bawang besar

Buah tomato

Bahan kisar :

Bawang besar

Cili api

Air asam jawa

Belacan

Cara :

1. Lenyekkan dan ramas dua bahan ini dengan air. Semua bahan di satukan dan masukkan kerisik.

2. Sesuaikan rasa gula dan garam serta bahan perasa. Gula letak lebih sikit.

3. Masukkan limau kasturi di belah dan sukatan ikut citarasa dan kepekatan.

5. Sambal Picit

Macam buat kuah asam cara orang dulu, bezanya tiada bawang sahaja.

Bahan :

Air asam jawa

Cili api

Belacan

Garam

Gula

Ajinomoto

Cara :

1. Tenyehkan semua bahan. Boleh letakkan perahan limau nipis jika suka.

2. Akhir sekali, masukkan ikan pelaling rebus.

3. Warna bergantung pada jenis asam jawa dan belacan.

Kredit : Dapur KakZu


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Evotooth Platinum Sdn Bhd diiktiraf The Asia Records atas tiga inovasi kesihatan mulut pertama di dunia

The Asia Records dengan bangganya mengiktiraf Dr Martin Ong dan Evotooth Platinum Sdn Bhd atas pencapaian tiga mercu tanda...

More Articles Like This