Polis buru tiga lelaki bantu siasatan kes bunuh di Kajang

Dari Penulis

Polis sedang berusaha mengesan tiga lagi suspek kes bunuh seorang lelaki di Pangsapuri Jade Hill, Kajang pada Sept 2020.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata mereka terdiri daripada N. Vesnu, 32, alamat terakhir Taman Muhibah, Kajang; V. Sugumaran, 34, alamat terakhir di Taman Cendana, Sungai Chua, Kajang; dan S. Tinakaran, 33, alamat terakhir di Taman Asa Jaya, Kajang, Kajang.

Beliau berkata sehingga kini enam lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan, dengan dua daripada mereka telah didakwa di Mahkamah Tinggi Shah Alam, mengikut Seksen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Polis masih giat mengesan tiga lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kes pada 13 September 2020 lepas, melibatkan kematian seorang lelaki berumur 26 tahun yang ditemukan dengan kesan kecederaan di seluruh badan dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu atau individu yang sedang dicari, diminta menghubungi mana-mana balai berdekatan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat ASP S. Vekram dengan menelefon 019-4737108.

— BERNAMA

Wednesday, 18 January 2023


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Letupan bom Tak Bai: Dua rakyat Malaysia dipindahkan ke hospital di Kelantan

DUA rakyat Malaysia yang cedera dalam kejadian letupan bom di daerah Tak Bai, wilayah Narathiwat, selatan Thailand, semalam telah...

More Articles Like This