HASIL bedah siasat mayat seorang lelaki yang dikerat sebelum disumbat ke dalam bagasi berpunca daripada pelbagai kecederaan senjata tajam dan tumpul.
Perkara itu didedahkan Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Shafa’aton Abu Bakar hari ini.
Katanya, lelaki itu juga disahkan warga asing dan bukan beragama Islam.
“Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti sebenar mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, pihaknya juga telah selesai mengambil keterangan seorang saksi kejadian pada pukul 4.30 petang semalam.
Baca artikel : Bagasi berisi bahagian badan manusia ditemukan di tepi Lebuhraya PLUS
Semalam UtusanTV melaporkan beberapa bahagian badan iaitu bahu ke pinggang yang dikerat tanpa bahagian kepala dan kedua-dua tangan ditemui dalam bagasi itu.
Mayat dikerat enam bahagian ditinggalkan dalam sebuah bagasi di tepi lebuhraya.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

