Bekas pegawai khas ADUN Batang Kali meninggal dunia akibat sakit jantung

Dari Penulis

Seorang lelaki tempatan yang merupakan bekas pegawai khas mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali ditemukan meninggal dunia akibat sakit jantung di dalam sebuah kereta berhampiran lampu isyarat Persiaran As Salam, Bukit Sentosa, Rawang, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah berkata pihaknya menerima laporan polis daripada orang awam berkenaan lelaki berusia 52 tahun itu yang ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kenderaan dipandunya pada 5.14 pagi.

Bagaimanapun Suffian tidak mendedahkan nama mangsa berkenaan.   

“Hasil siasatan polis mendapati mangsa bekerja sebagai pemandu lori dan merupakan bekas pegawai khas mantan ADUN Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kassim yang dipercayai mahu pulang ke rumahnya di Perumahan Anggerik Bukit Sentosa.

“Semasa kejadian, mangsa sedang memandu kenderaan jenis Proton Exora dan dipercayai telah mendapat serangan sakit jantung sehingga kenderaan yang dipandunya terbabas di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

— LAGI

POLIS-SAKIT JANTUNG 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR

Beliau berkata pegawai perubatan telah hadir ke lokasi kejadian dan mengesahkan kematian mangsa.

“Mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian si mati adalah disebabkan serangan jantung,” katanya.

Suffian berkata siasatan lanjut mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku dan kes telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut serta menasihati masyarakat supaya berhati-hati dan memandu hanya ketika dalam keadaan sihat.

— BERNAMA

TAG : polis, mati mengejut, Bukit Sentosa, Hulu Selangor, ADUN, bekas, Pegawai khas

 
MNZA MAMA NAM KLS

Friday , 27 January 2023


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

HAWANA 2026: ‘Jangan sampai buang pekerja’, Fahmi tegaskan bantu syarikat media

HARI Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 bersiaran langsung di lapangan Butterworth, Pulau Pinang, minggu lalu dihadiri pengamal media pelbagai cabang...

More Articles Like This