Minta PM rehatkan Zahid, jawatan TPM beri tekanan kepada mahkamah – Ahmad Faizal

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi digesa untuk direhatkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam memastikan perbicaraan kesnya di mahkamah diselesaikan tanpa kelewatan atau gangguan.

Ia berikutan permohonan difailkan untuk pasport beliau dikembalikan secara kekal, walaupun dokumen itu sebelum ini telah diserahkan bagi mematuhi syarat ikat jamin perbicaraan yang masih berlangsung.

Ahmad Zahid berdepan 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan, permohonan menggunakan alasan kepentingan negara dilihat memberi tekanan kepada pihak mahkamah serta hakim.

Selain itu, katanya, wujud juga kebimbangan semua isu ini akan mengganggu proses perbicaraan yang dihadapi oleh Ahmad Zahid.

“Walaupun ia menjadi kuasa mutlak hakim untuk memulangkan pasport berkenaan, namun bidang tugas yang dipegang Ahmad Zahid yang dalam pentadbiran kerajaan ketika ini, akan memberi kesan kepada kuasa bidang kehakiman untuk menjamin perbicaraan yang efisyen, lancar serta tanpa penangguhan.

“Pemulangan pasport berkenaan pastinya akan menyebabkan lebih banyak kelewatan dalam proses perbicaraan, dengan pelbagai alasan urusan tugas seterusnya akan mengambil masa yang lebih lama untuk diselesaikan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baca artikel lain: Lebih 12,000 mangsa banjir di 4 negeri berlindung di PPS

Ahmad Faizal menambah, memiliki Timbalan Perdana Menteri yang berdepan 47 pertuduhan di mahkamah perlu dilihat sebagai perosak kepada komposisi Jemaah Menteri serta kerajaan secara keseluruhan.

Ujarnya, ia juga satu penghinaan kepada majoriti pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), yang mengharapkan sebuah kerajaan bersih, telus dan berintegriti.

“Pendekatan terbaik bagi menangani isu ini adalah dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar bertegas supaya Datuk Seri Ahmad Zahid direhatkan dari tugas beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Ini bagi memberi fokus kepada proses perbicaraan mahkamah, seterusnya membuktikan beliau tidak bersalah terhadap 47 pertuduhan yang disabitkan.

“Tindakan itu bagi menjamin sistem kehakiman negara yang bebas dan adil, selain menjamin perbicaraan yang telus tanpa sebarang campur tangan dan penangguhan,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This