BEKAS isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Mawar Karim menyangkal tuduhan liar netizen yang mengatakan dirinya tidak bahagia selepas bercerai.
Menurut Mawar atau Mawar Abdul Karim,34, dia mengakui kehidupannya kini lebih tenang dan bersyukur kerana tidak lagi perlu menanggung keluarga ketika masih berstatus isteri.
“Masalahnya tahu ke kita ni tak bahagia? Kita pernah serumah atau pernah terkenal ke.
“Alhamdulillah hidup sekarang lebih bersyukur dan tenang sebab duit sekarang tak habis lesap.
“Kalau banding dulu, faham-faham sendirilah takkan nak kena cerita satu dunia apa yang saya kena tanggung selama itu.
“Yang penting kita tak kena tipu atau diperguna selama ini pun alhamdulillah syukur buat kita bahagia,” katanya.

Mawar membalas komen seorang netizen yang mendakwa dia tidak lagi cantik dan bahagia berbanding ketika masih bergelar isteri kepada Fizo.
Sementara itu, Mawar menitipkan nasihat kepada semua untuk mencari kebahagiaan dengan menyayangi diri sendiri terlebih dahulu.
“Apa pun nasihat saya jangan kasihankan orang, kasihankan diri sendiri kalau nak bahagia,” ujarnya.

Untuk rekod, Mawar dan Fizo pernah berkahwin pada November 2013 sebelum bercerai enam tahun kemudian.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia enam tahun.
Fizo pula berkahwin dengan Fazeera Nazri pada Oktober 2021 dan mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Wan Khaleeda yang berusia tujuh bulan.
Terbaharu, Fizo turut berkongsi isterinya itu kini sedang hamil anak kedua dengan usia kandungan sudah memasuki lima bulan.