Mawar Karim jawab dakwaan netizen tak ajar anak solat – “Dia memang suka menyanyi & menari”

Dari Penulis

BEKAS isteri kepada Fizo Omar iaitu Mawar Karim menjawab kritikan yang dilontarkan kepadanya dalam sebuah video di akaun TikTok peribadinya.

Mawar menjelaskan bahawa dirinya tahu akan kewajipan “parenting” dengan mengajar anak perempuannya Maryam, 6, hal berkaitan agama terutama solat semenjak berusia empat tahun lagi.

Hal ini menarik perhatian ramai kerana dalam video tersebut, Maryam sendiri yang menjawab kritikan netizen.

“Alhamdulillah saya mengajar Maryam solat masa dia umur empat tahun,” jelas Mawar ringkas.

“Lepas tu Mummy beli banyak telekung untuk Maryam. Maryam belajar dekat sekolah atau dekat rumah Mummy yang ajar Maryam solat,” ujar spontan Maryam.

Mawar menyatakan bahawa dia mahukan anak perempuannya menjalani kehidupan seperti anak-anak kecil lain.

Usahawan tudung itu juga berkata anaknya berhak untuk berasa gembira dan belajar apa yang diminatinya.

“Maryam memang budak-budak yang suka menyanyi dan menari.

“Bagi saya dia nak ‘enjoy’ kehidupan dia saya bagi saja. Walaupun saya tak ajar pun Maryam menyanyi dan menari tapi Maryam yang nak. Dia ‘naturally’

“Bagi saya, saya biarkan dia ‘enjoy life’ dari kecil nanti dah besar-besar saya tak bagi dah dia menari-nari, betul tak Maryam?” ujar Mawar sambil tersenyum.

Untuk info, Mawar dan Fizo mendirikan rumah tangga pada November 2013 sebelum bercerai pada Julai 2019. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Wan Maryam yang kini berusia 6 tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Reda rumah tangga runtuh lagi, Kaka Azraff pilih fokus besarkan 3 anak selepas sah bercerai talak dua

SELEPAS pelbagai usaha dilakukan demi mempertahankan mahligai cinta yang dibina, penyanyi, Kaka Azraff akhirnya akur apabila jodohnya bersama suami,...

More Articles Like This