Priyanka Chopra, Nick Jonas kongsi wajah anak buat pertama kali

Dari Penulis

PASANGAN selebriti popular Priyanka Chopra dan Nick Jonas akhirnya mendedahkan wajah anak perempuan mereka, Malti Marie Chopra buat pertama kalinya kepada umum.

Malti hadir bersama Priyanka, 41 dan Nick,31, pada majlis meraikan Jonas Brothers yang diberi penghargaan bintang di The Hollywood Walk of Fame.

Priyanka duduk di barisan paling hadapan dan memangku Malti yang berusia setahun.

Sebelum ini, Priyanka sering menutup wajah Malti Marie yang dilahirkan secara kaedah ibu tumpang menggunakan ’emoji’ sebelum memuat naik gambar di media sosial.

Wajah Malti tular di laman sesawang dan rata-rata peminat memuji kecomelannya yang memiliki rupa paras seperti Priyanka dan Nick.

Ketika diberi peluang untuk memberi ucapan, Joe, sempat meluahkan kata-kata penghargaan kepada isteri dan anak perempuannya.

“Malti, saya tidak sabar untuk kembali ke sini bersama pada 15 tahun akan datang dan memalukan kamu dihadapan rakan-rakan kamu.

“Buat isteri saya yang cantik, kamu seorang yang sangat tenang dalam apa jua keadaan. Saya bersyukur berkahwin dengan kamu.

“Kamu adalah hadiah terhebat dalam hidup saya. Saya bahagia menjalani kehidupan sebagai ibu dan bapa bersama kamu,” katanya memetik laporan Daily Mail.

Malti dilahirkan ibu tumpang pada usia kandungan 27 minggu di hospital di California, Amerika Syarikat.

Untuk info, Priyanka dan Nick berkahwin pada 1 Disember 2018.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lovebites pilih Kuala Lumpur sebagai destinasi siri jelajah dunia Outstanding Tour

SELEPAS hampir sedekad membina pengaruh besar sebagai antara kumpulan heavy metal wanita paling berprestij di dunia, impian peminat tegar...

More Articles Like This