Rashidi Ishak akhiri zaman duda, selamat bernikah dengan pengarah Kampung People

Dari Penulis

PELAKON Rashidi Ishak mengakhiri zaman dudanya selepas selamat bernikah dengan pengarah drama Kampung People iaitu Wan Hasliza Wan Zainuddin, hari ini.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh anak perempuan Rashidi iaitu Maryam Rashika di akaun Instagram miliknya.

“Ayah pakai kasut Nikes di majlis pernikahannya. Anak perempuannya pula menyarungkan kasut Doctor Martens pada majlis kahwin ayahnya,” tulisnya.

PERKONGSIAN Maryam Rashika di Instagram Story

Sementara itu, pemilik akaun Facebook, Saiful Zahairie Zainuddin turut berkongsi beberapa keping foto pernikahan pasangan itu yang dipercayai berlangsung di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan.

Menerusi gambar berkenaan, Rashidi dan Wan Hasliza menyarungkan persalinan rona putih.

Untuk rekod, Rashidi pernah mendirikan rumah tangga bersama aktres Vanidah Imran pada 1 Oktober 2000 sebelum bercerai pada 9 Ogos 2018.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Maryam Rashika dan Mikhail Imran.

Untuk info, drama bersiri Kampung People lakonan Rashidi, Elly Mazlein san Riena Diana itu pernah ditayangkan di TV3.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Demi masa depan, Kim K ketepikan ego, sanggup beratur panjang uji bakat Suria Records

SEMANGAT kental peserta program realiti Talk To My Manager musim kedua, Kim K dalam mengejar impian sebagai anak seni...

More Articles Like This