Penyanyi veteran, Julie Sudiro meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru

Dari Penulis

PENYANYI veteran, Datin Paduka Julie Sudiro meninggal dunia pada pukul 9.30 malam tadi akibat komplikasi paru-paru.

Allahyarham Julie atau Raden Juariah Raden Sudiro,80 menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Selangor.

Arwah dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 9 Januari lalu dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Berita kematian Julie disahkan anak sulungnya, Rindra Soliana.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez melahirkan rasa sedih terhadap pemergian arwah yang dianggap satu kehilangan besar dalam industri seni negara.

“Saya betul-betul sedih menerima berita kehilangannya. Secara peribadi, arwah bagaikan kakak kepada saya dan sering membimbing warga Karyawan dalam pelbagai perkara.

“Lebih 15 tahun arwah menjadi ahli jawatankuasa dan setiausaha kehormat Karyawan. Ini kehilangan yang amat besar juga buat industri seni tanah air,” katanya.

Pada 15 Januari lalu, kesihatan Julie dilaporkan semakin stabil biarpun memerlukan bantuan pernafasan akibat paras oksigen menurun.

Julie yang dilahirkan pada 26 Februari 1945 d Segamat, Johor pernah mendirikan rumah tangga bersama pemuzik Jazz, Allahyarham Tony Soliano.

Hasil perkahwinan itu, mereka memilik dua orang anak lelaki iaitu Rindra dan Jose Irmanto.

Sepanjang karier seninya, Julie yang popular menerusi muzik berentak Jazz dan keroncong itu dikenali dengan lagu seperti Apa Khabar, Hanya Semalam, Miang Keladi, Be Good To Me dan banyak lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This