6 bulan tunggu akhirnya Amir Raja Lawak berjaya miliki kereta Alza hasil jual air jagung – “Nombor pendaftaran kereta saya empat angka…,”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAWAK Amir Raja Lawak meluahkan rasa syukur kerana dapat memiliki kereta baharu hasil usahanya menjalankan perniagaan Air Jagung Amirreka selain kerjaya seninya.

Kereta jenis kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza itu berjaya dimiliki Amir selepas menunggu enam bulan daripada pihak pengilang kenderaan berkenaan.

“Alhamdulillah, saya bersyukur sangat-sangat kerana dapat memiliki sebuah kereta baharu. Sebelum ini saya ada kereta tetapi terpakai sahaja.

“Enam bulan juga saya tunggu ini (kereta baharu) tetapi berbaloi.

“Alhamdulillah, rezeki pembukaan tahun 2023. Terima kasih yang menyokong saya beli Air Jagung Amirreka HQ dan kongsi rezeki penggambaran dengan saya.

“Ini adalah hasil daripada anda yang ikhlas menyokong dan percaya dengan saya.

“Didoakan semoga kita semua dilimpahkan rezeki, sihat selalu, disembuhkan sebarang penyakit dan terus sukses, aamiin ya mujib,” katanya.

Sementara itu Amir ketika dihubungi URTV berkata, dia memang sudah lama berhasrat untuk memiliki Perodua Alza dan tidak kisah untuk menunggu lama.

“Saya suka kereta yang luas dan ada banyak tempat duduk. Memudahkan saya juga untuk bawa keluarga ke mana-mana.

“Walaupun saya terpaksa menunggu separuh tahun tapi penantian saya itu berbaloi bagi saya.

“Saya tak ‘potong jalan’ orang untuk dapatkan kereta dengan cepat. Saya sama seperti orang lain, menunggu,” katanya.

Menurut Amir atau Mohamad Amirullah Azmi,34, dia membeli kereta itu secara bayaran ansuran kepada pihak bank.

Sementara itu menjelaskan nombor pendaftaran keretanya, AME12 yang dikatakan lebih mahal daripada harga kenderannya, Amir berkata dia hanya membuat suntingan menutup dua angka belakang sahaja.

“Nombor pendaftaran kereta saya empat angka bukan dua angka seperti yang ramai komen di Instagram dan Facebook saya.

“Saya sengaja tutup dua nombor terakhir sebab tak nak orang tahu nombor pendaftaran penuh kereta saya.

“Ikutkan nombor AME12 itu dah dimiliki oleh orang lain dan harganya cecah puluhan ribu ringgit. Saya belum tahap itu lagi (beli nombor pendaftaran dua angka),” jelasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This