[VIDEO] Netizen doakan Anzalna Nasir terus dimurahkan rezeki asbab bantu bapa tunggal beli barang keperluan bayi – “Semoga jadi contoh dan inspirasi…,”

Dari Penulis

SUDAHLAH cantik jelita, datang pula dengan pakej pemurah dan suka menolong golongan yang kurang berkemampuan. Itulah dia pelakon Anzalna Nasir!

Hantaran terbaharu Anzalna di Instagram baru-baru ini telah meraih perhatian warganet apabila dia bermurah hati membantu meringankan beban seorang bapa tunggal dan bayi perempuannya.

Anzalna bersama dengan bapa tunggal yang dikenali sebagai Mohd Azlan Roslan dan anak perempuannya, Nur Idrina Sofea telah berkunjung ke gedung barangan keperluan bayi terkenal di ibu kota.

Menurut Anzalna, dia mahu berkongsi rezeki bersama mereka yang tidak mampu untuk memenuhi keperluan anak-anak kecil selain berjanji akan menerusi misi ini pada keluarga lain.

“Rezeki yang Allah bagi perlu dikongsi bersama mereka yang memerlukan.

“Kali ini saya bawa bapa tunggal bersama anak kesayangannya membeli-belah di tempat kegemaran saya.

“Insya-Allah, nanti saya akan bawa lagi keluarga yang bertuah membeli-belah. Korang tolong tag keluarga yang memerlukan barang bayi,” tulis Anzalna di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian video, jelas kelihatan bapa tunggal itu sedang memilih barangan bayi untuk anak perempuannya.

Malah, anak sulung Anzalna iaitu Mohamad Eidress turut mendekati dan bermesra dengan bayi perempuan itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kebaikan dan sifat pemurah Anzalna yang tidak lokek berkongsi rezeki dengan insan lain.

Warganet turut menitipkan doa agar Anzalna dan keluarga terus dimurahkan rezeki untuk mmebantu keluarga susah yang lain.

“Bagus Anzalna. Semoga menjadi contoh dan inspirasi kepada kita semua.

“Terima kasih sebab jadi orang baik.

“Semoga rezeki Anzalna dan abang ini sentiasa mengalir seperti air lautan yang tidak putus,” tulis netizen.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This