Cinta ekspres Yuna Rahim, Nurakmal dibawa hingga ke jenjang pelamin

Dari Penulis

PELAKON I Love You Mr Clown iaitu Yuna Rahim selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya iaitu Muhammad Nurakmal Ayub dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah hotel di Petaling Jaya, semalam.

Yuna atau Shafiqah Husna Abdul Rahim dinikahkan sendiri oleh bapanya, Abdul Rahim Awang dengan disaksikan Imam Masjid Mahmudiyyah Kayu Ara iaitu Muham Nazmi Abd Samad.

Menerusi perkongsian di Instagram, pelakon Sweet Dreams itu meluahkan rasa syukur kerana perancangan untuk bernikah dipermudahkan.

“Alhamdulillah, jumpa yang sama ‘kartun dengan diri saya. Terima kasih pada semua yang hadir majlis saya yang serba sederhana.

“Insya Allah sanding nanti memang saya undang semua kawan-kawan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Yuna turut berkongsi foto-foto majlis pernikahannya untuk tatapan pengikut Instagramnya.

Dalam majlis pernikahan itu, Yuna menerima mas kahwin RM300 beserta lima dulang hantaran berbalas tujuh kepada pengantin lelaki.

Majlis itu dihadiri 100 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan rapat dan rakan selebriti kedua-dua pihak.

Yuna mula mengenali Nurakmal yang merupakan kru produksi dan pemuzik itu pada pertengahan tahun 2022 sebelum membawa hubungan tersebut ke fasa bertunang pada September tahun sama.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This